Klik Nih...

Followers

Nuff

Saturday, August 29, 2009

Sipitang - KK - Kota Belud..


Masih jauh lagi perjalanan.. nak balik Semporna yang sangat jauh ni.. Janji dengan Ustaz Azmi dan Kak Dayah ambil aku di KK dalam lebey kurang pukul 3.30 - 4.00 ptg. Dah la, tak bersahur pagi ni, memang tak sedar langsung.. tengok tingkap umah liza, hari dah cerah...

Sempat juga si Liza membawa aku ke sekolahnya. Kami dibawa oleh jiran Liza. Dekat gak sekolah Liza dengan Taman Desa Ria (rumah liza). ternganga aku tengok sekolah liza ni. satu bangunan jer.. SKM (Sekolah Kurang Murid).

jom layan..


SK Lubok Darat



Hanya satu bangunan sahaja..



satu kelas hanya 3 orang murid, 13 kali ganda murid aku lg..


Belakang sekolah Liza ada sungai... sempat gak aku tengok rumah lama beliau di belakang sekolah. Kawasan sini susah dapat line telefon.. sebab sekolah ni jauh ke dalam Kg Lubok Darat.. tapi best.. sebab tenang n damai.. aku suka......


Sini banyak buah tarap...


Tepat pukul 2.30, pakcik teksi datang ambil aku di rumah Liza. Dengan bayaran RM25. Jauh lebey murah dari Semporna-airport Tawau yang hanya 45 minit tue. Sekarang aku menuju ke KK dan perjalanan adalah 2 jam dari Sipitang - KK. Memang sah la aku akn tertido dalam teksi..



Hospital Beaufort...


Dari Sipitang ke KK akan melalui Beaufort, pakcik teksi dengan ramah menunjukkan pada aku sepanjang perjalanan.. padahal aku ni dah macam ala-ala masuk telinga kanan kuar telinga kiri.. tiba-tiba aku tengok aku dah kat bandar ape tah.. memang sah.. aku dah terlelap.. SOry ye pakcik terpaksa cakap sorang-sorang..


Sampai di KK, aku dijemput oleh Abang Tiri (Ustaz Azmi) dan bininya, Kak Dayah bersama dengan adik laki Kak Dayah. Jom kita bergerak ke Kota Belud pulak..




No comments: