Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, August 4, 2009

Spirit Of The Coin

Spirit! Spirit of the coin please come to me..

Mengimbau kisah dulu lagi..

Tempat: Dorm Aman'
Tahun: 1998


Masa ni aku Form 2. Dorm aku tak silap la.. ada dalam 10 orang gadis. Seorang senior aku, derang dok bercerita pasal permainan spirit of the coin. Aku ni tak bape paham sangat.. aku join dengar saje la..

Alih-alih ada kak A nak try main. Sanggup offer diri letak jari di atas coin tersebut. Ok. maka dengan lajunya kak Bad ni menulis A-z di atas manila kad, tulis 0-9 dan perkataan ya/tidak.

Aku masih blur...

Dan beramai-ramai kami mengelilingi manila kad tersebut dan Kak A di tengah. dan aku menyaksikan..

Mereka.. ala.. aku pun join gak.. sambil ala-ala baca cam dalam citer histeria tu.

"Spirit, spirit of the coins, please come to me"

di baca beberapa kali...

dan tetiba tangan kak A bergerak..

opps....

dan sesi berkenalan telah bermula di antara kami dan dia...

si dia menyatakan...dia berasal dari Johor. dia mati akibat bunuh diri dengan makan pil yang sangat banyak. Dia bunuh diri sebab parents dia bercerai.

dan sesi pertanyaan mengarut bermula la selepas itu. macam-macam dormate aku tanya. kawen bila la? dengan orang mana la... dapat anak berapa lah...

aku pun tidak melepaskan peluang ini untuk bertanyakan hal yang sama..

bila saya berkahwin?
umur 22

dengan orang mana?
orang kedah

Berapa anak saya?
7

Tapi.. itu hanya kurafat. jangan percaya apa yang diberitahu oleh makhluk itu..

dan selepas insiden itu, kami satu dorm dipanggil oleh ustaz. teruk kami kena. dan dapat la tazkirah percuma oleh ustaz tersebut.

Tapi ulasan aku daripada kesah ini.. Jangan la berani melakukan sesuatu yang boleh melangkau aqidah kita sebagai seorang muslim. tapi memang betul pun. Aku sekarang dah 25 tahun. masih bujang lagi. tunggu jodoh jer.. harap-harap dipermudahkan olehNYA..

Sekian..


No comments: