Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, August 6, 2009

Masyaallah! cantiknya..

Masyaallah!!! Cantiknya..


Ini adalah ungkapan oleh Sultan Mahmud iaitu Sultan Melaka ketika di zaman pemerintahan baginda, Melaka jatuh ke tangan Portugis.


Dan Sultan ini lah yang mempunyai kaitan dengan ramai wanita amnya.. nape aku tahu??? sebab dulu assigment masa KPLI kena wat kajian faktor-faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Saja nak bercerita mengenai sultan ini.. hehehe..


Mengikut buku yang kami baca (aku n Liza), tak ingat dah buku ape tue.. tapi kitorang memang pinjam buku tu lama sangat.. sampai curi-curi bawa kuar buku tu dari maktab. Buku tu sangat menarik penceritaannya walaupun menggunakan bahasa melayu klasik. sangat sukar untuk difahami.


Ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud ini, sangat banyak rasuah berlaku dan pembesar-pembesar Melaka ketika itu tidak bersatu hati. Hasutan dan hasad dengki berleluasa di istana. Tapi dalam kepincangan pemerintah di istana.. sempat lagi Sultan Mahmud berkeinginan kepada seseorang srikandi Melayu..


Ketika Sultan Mahmud menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah, anak kepada Bendahara Melaka, baginda sangat terpegun dengan kecantikan Tun Fatimah sampai menyatakan..


Masyaallah!!! Cantiknya..

dan.... Baginda sangat murka dengan Bendahara Melaka kerana menyembunyikan anak perempuannya yang cantik dan tidak menjadikan Tun Fatimah itu sebagai isteri baginda.


Kesimpulan dari kata-kata baginda itu, mesti la Tun Fatimah ni benar-benar cantik. Bayangkan lah zaman dahulu mana ada wanita pakai make up ke, pakai lotion ke, pakai botox ker sampaikan Sultan Mahmud pun leh terpukau dengan kecantikan beliau..


Jadi, bila nampak sesuatu yang cantik ucapkan lah Masyaallah dan Subhanallah..



No comments: