Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, August 9, 2009

Mari Kutip Kepah


Ni alkisah ketika aku di IPSAH, Sg Petani. Aku ada la jugak ke rumah member aku ni, Sarawani di Kota Kuala Muda. Sekarang beliau mengajar di mana tah... tapi dekat menumbuk tak silap aku.


aku bersama Rozalina (di Rumah Sarawani)

orang tengah kutip kepah di Telok Amboi


haaa, nampak kepala je kan.. derang tengah duduk sambil tangan meraba-raba mencari kepah.. erm best tau.. seronok sampai leh wat kita leka, lagi banyak dapat.. lagi banyak kita nak cari.

ni masa kutip kepah di teluk amboi..
aku bersama Liza..


nape aku pakai glove? sebabnya, masa nak kutip kepah ni kita akan korek tanah dalam laut tu. jadi glove ni bertindak sebagai pelindung tangan kita. air laut kan keroh.. tak nampak dasar, jadi mana la tahu kot-kot terkena mende tajam ke.. ada ketam nak sepit jari kita..mana kita nampak..


ini yang aku maksudkan.. gamat bulat. mak sara yang jumpa


ni dengan rozalina..



cara nak kutip kepah.. kena la raba-raba tanah tu dengan tangan kanan.. rasa cam ada mende keras tu cepat-cepat la amek.. tapi tengok dulu.. entah-entah dapat kulit siput.. kalu silap amek..dapat la mende lain..



saya pun nak posing jugak..





haaa.. banyak kepah hasil kutipan kami..


Aku sangat puas mencari kepah. memang merupakan satu pengalaman yang baru buat aku. menurut mak sara, kutip kepah ni bulan penuh. masa tengah bulan, kalu aku tak silap laa.. hehe


dan, mak sara masakkan kepah untuk kami.. sedapnya makcik masak.. yummiee..
bawa balik sikit ke rumah sewa kami di Taman Aman Jaya. dan malam itu plak, si liza yang masak.. sedapnyer meratah kepah.. dan kami sangat puas dan ia amat berbaloi-baloi.


ada lagi aktiviti lain aku buat.. belakang rumah sara ni ada bendang. ha, si liza dan sarah nak gi mancing. malangnya aku ni mana reti memancing. dah le derang guna umpan cacing. lagi la aku geli nak korek cacing dan sangkut cacing tu kat mata kail.


si Liza, dengan baik hati pasangkan umpan kat joran aku.. dia carikan cacing untuk aku. dengan muka tak puas hati dia tu.. dia tenyeh-tenyeh si cacing di mata kail aku.. sambil berkata..


"nak mancing, tapi nak pasang umpan malas.."


aku wat derk je..lantak la ko nak kata aper.. yang penting aku nak try..

dan akhirnya..

ini sarawani bersama ikan puyu beliau..

dan aku berjaya jugak dapat seekor jer..
sambil liza wat muka sengal snap gambar aku.. hampeh



No comments: