Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, August 7, 2009

Kesibukan Bermula..



Gambar tak clear sangat.. tak pe la. ni dalam kedai ayah. ada banyak benang di kedai ayah nie. Kalau diikutkan sekarang, ma dan ayah mesti sangat sibuk melayan pelanggan mereka di kedai. sebab tinggal lebih kurang 2 minggu lagi kita akan berpuasa.

Bila dah nak tiba bulan puasa nie, makin ramai la tailor akan datang hantar berpasang-pasang baju untuk tempahan jahit tepi di kedai ayah. Malangnya, hanya ma yang pandai jahit tepi. anak-anak yang lain boleh tolong, tapi apakan daya masing-masing sedang menuntut ilmu dan yang bekerja pun jauhhh la sangat dari ma dan ayah.

Kebiasaannya, dulu sewaktu aku bekerja di KL, setiap weekend aku akan turun ke kedai membantu ma jahit tepi. jadual aku di KL memang sangat padat. sebab tu la bila sampai KL, aku senyap jer.. aku suka tolong ma kat kedai. syok jahit tepi ni. kalu dapat kain cotton, lagi laju la aku menjahit.

Bila bulan puasa lagi hebat. sampai aku ni tak bangun-bangun dari kerusi sebab menjahit kecuali ketika aku nak menunaikan solat baru la aku bergerak jauh dari mesin jahit tepi tersebut. Kadang-kadang, bila di bulan puasa..macam letih sikit sebab menjahit memerlukan daya penumpuan yang tinggi. Aku leh terlelap sekejap sewaktu menjahit tepi.. haa.. dasat.

Dan aku pernah eksiden di mesin jahit tepi kesukaan aku tu. aku tercium kan jari telunjuk aku ke pisau mesin jahit mesin tepi membuatkan jari aku sumbing sedikit. dan darah merah pekat mengalir dengan banyaknya. macam-macam..

tak lama dari kejadian itu, aku pun ke Sabah. Baru nak posting. macam-macam hal la berlaku sebelum aku posting nie. aku datang Sabah dengan keadaan jari sumbing aku nie.

tapi...

Macam rindu jer dengan kesibukan ma sekarang ni. tetiba jer tangan ni cam gatal jer nak jahit tepi. rindukan bunyi enjin mesin jahit tepi. rindu tengok telatah ma melayan pelanggan. rindu nak jalan-jalan di pasar keramat. rindu nak sembang-sembang dengan orang-orang tua di sana. nak jupe mak arwah Imah...

al-fatihah untuk sahabatku, NORHAZIMAH...

Dalam erti kata yang sebenar, aku sebenarnya amat merindui keluarga di sana.. ma, ayah, acah, najwa n Yayin.

Lambatnyer mau pulang nie..


No comments: