Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, August 27, 2009

Day 6 - Gua Niah


dari SIBU - MIRI..


Rasa macam tak lengkap bila dah sampai miri tak jelajah Gua Niah. Gua Niah adalah antara Gua Batu Kapur yang terbesar di dunia.


Diambil dari ms.shvoong.com/books/1853417-gua-niah-sejarah-dan-kekayaan "Gua niah ini terbahagi kepada dua gua: The Great Cave:memiliki ketinggian sekitar 60 meter dan 250 meter lebar..dan gua yang satu lagi dikenali sebagai The Painted Cave(Gua Kain Hitam). Keindahan gua dapat dihayati dengan susunan tetangga pelantar yang mengikuti struktur muka bumi,ini mewujudkan suasana tenang dan mendebarkan seakan berada di alam purba kala."



Keluasan Gua Niah adalah seluas 3,102 hektar. Lebih kurang 3-4 jam berjalan kaki. Walaupun dalam keadaan berpuasa. tapi aku n liza tetap juga redah nak explore Gua Niah. Si Saleh dah banyak kali warning.. nnt ampa sakit kaki, letih, penat.. ntah la.. aku ni belasah jer.. sebab lepas ni belum tentu aku dapat dtg cni lg.


jom layann...



memula kena nek bot dalam 5-10 minit..


then kena jalan dalam hutan sejauh.. saya tak ingat.. pamplet ada kt umah..



jauh lg nie...





tengok peta sat, karang sesat..




cantik kan lingkaran tue..





haaa.. da sampai.. pakcik ni angkot baja..





series.. memang cantik.. angin sepoi-sepoi bahasa..




luas kann..




masyaallah...




mak aih.. ada lagi ke dalam..



ini baru 1/4 berjalan ke gua. kami terserempak dengan kumpulan auntie n uncle cina sedang keletihan.. aku bingung.. ish biar betol.. nampak macam ok je.. asal leh penat sampai berpeluh-peluh..


nak jalan di sini silakan ikut trek yang disediakan.. liza penah jalan ikut suka hati dia.. nasib tak baik terjatuh ke dalam hutan sana.. haaa.. tak balik Sabah la kami ni..




sukanya dengan tiupan angin..




cahaya dari luar ke dalam gua.. kalu datang tengah hari memang melepas..
sebab bila kitorang patah balik.. dah tak de cahaya mentari nie.. memang rugi..




apa itu? orang sedang kutip sangkar burung...















dapat gak tengok n pegang sarang burung...



pakcik yang kutip sarang burung ni cakap.. harga satu kg sarang burung ni antara 900-1000.. tapi eee,, risiko betol.. tinggi sangat2 derang panjat gua tu hanya dengan guna tali.. bergayot je kt atas tu..

Pakcik tu sempat lagi tanya kami berdua asal dari mana.... kata pakcik.. mereka yang sedang bergayut di atas yang bertanya kitorang ni asal mana?? aik.. ada hati nk borak sedangkan badan berjuntai2 kt atas sana... kalu saya,.. mesti gayat..

"kamu ni berdua perempuan.. nak masuk gua gelap nnti.. berami betol kamu ni..."


aku n liza sengeh2 jer..


sarang burung...



sedapnya angin...





ni gambar di Painting Cave..



Sebenarnya.. lukisan yang asli di dinding gua sudah terhakis.. da tak nampak sangat. ini pun snap kt gambar jer..



Rangka Manusia





sampan atau pun digunakan sebagai keranda




masa ni dah penat.. kitorang berhenti rehat sambil landing atas
pangkin di Painting Cave. Gua yang terakhir.. lepas ni kena
patah balik untuk menuju ke headquarters..




kenapa bawa lampu suluh ni.. jap lagi kita akan masuk gua yang gelap sangat...
tak ada lampu dan cahaya dari luar. jalan hanya berbekalkan
dengan cahaya lampu suluh sahaja.



ni gambar dalam gua gelap yg tak guna flash..



ini la gua gelap tue.. jalan berdua ngan liza.. jauh gak jalan dalam gua gelap..
hanya berbekalkan torchlight yg disewa RM5/1.. kalu abes bateri
memang sah... tak nampak ape2 pun....



ini lak, cahaya lampu suluh.. air tu..



kan.. air dalam gua kannn...



Untuk menuju ke Painting Cave, memang kena melalui gua yang gelap. tp aku n liza sangka.. lukisan gua tu ada kt dalam gua gelap tu. jenuh aku ngan liza menyuluh sana sini cari kunun-kunun nak mencari lukisan gua.. tp rupanya... Painting Cave tu jauhhh lg..


Memang agak letih berjalan 3-4 jam dalam Gua Niah.. lagi2 dalam keadaan puasa. Geram je tengok omputeh tu pegang mineral.. =)..


tp tak per.. berjaya jugak aku berpuasa penuh pada hari ini walaupun keletihan berjalan selama 3-4 jam..







No comments: