Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, August 5, 2009

Bersyukur..


Pagi ni suhu badan dah macam panas. macam nak demam nie.. tapi tak pe.. masih gagah untuk ke sekolah. jom gi sekolah..

HAri ni jadual agak penuh dan direct. tapi aku suka. AKu ada kelas dari pukul 7-9.30 tanpa ada sebarang gap(masa rehat). ok.. dilayan..

tapi sekarang cuaca sangat panas di Semporna. Sah-sah la aku berpeluh tahap ape tah..

Alhamdulillah.. disebabkan aku mengalami proses penyejatan.. maka suhu badan aku kembali normal. sudah kebah demam aku rupanya nie.

Aku bersyukur jugak dengan keadaan semporna yang panas ini memberi hikmah yang sangat baik untuk aku. bila hari kemarau, aku kepanasan, berpanas n berpeluh. dan berpeluh adalah merupakan penawar bagi aku sekiranya aku demam atau sakit.. tak perlu ubat yang lain. Aalhamdulillah..

Sebaik sahaja habis kelas pada pukul 9.30 pagi terus aku menapak ke kantin. lapar la.. jap lagi ada meeting plak pada pukul 11.20-1.20 tengah hari. karang lagi la aku lapar sesangattt..
bek aku jaga perut..

ni hasil dari meeting kami. sebagai seorang guru kena la amek berat terhadap pernyataan di bawah tu yer. berkaitan denda kepada murid.

Dapatan dari meeting..

Hukuman terhadap Fizikal yang Ditegah.
  1. berdiri di tengah panas
  2. berdiri di bilik darjah atau di kaki lima
  3. berdiri di atas kerusi atau meja
  4. belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
  5. cubit
  6. lari keliling padang
  7. memukul diri sendiri atau sesama sendiri
  8. menarik rambut atau telinga
  9. menghenjut atau mendada
  10. menyepak, menampar, menghencang, menempeling
  11. mengetuk atau menyekel kepala

Hukuman Terhadap Mental dan Emosi

  1. Gunting rambut sesuka hati
  2. Berdiri membuat latihan yang tidak dibuat
  3. berleter
  4. Gantung kenyataan tertentu di badan murid
  5. kelas tahanan pada waktu rehat atau pulang
  6. maki hamun dengan kata-kata yang kesat
  7. memperli murid
  8. mengoyak buku latihan murid

Hukuman Serta Tindakan Tidak Dilarang

  1. Bersihkan bilik darjah
  2. memberi latihan tambahan
  3. menulis beberapa ayat atau perkataan contonhnya "saya tidak akan melakukan lagi"
  4. menyusun meja dan kerusi

dan, semua guru itu adalah guru disiplin.

1 comment:

AJ Style's said...

tak suka keputusan meeting...