Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, August 16, 2009

Angin Asli...


ADAPTASI DARI BUKU SEMULIA HATI GURU
Penulis: Ida Rizyani Tahir


Semua pelajar memandang ke arah Marina dan Ashraf, menunggu seterusnya apakah yang akan dilakukan oleh Cikgu Hasnah. Cikgu Hasnah mengeluarkan rotannya yang jarang dibawa ke dalam kelas.

Sah! Mereka berdua hendak dirotan. Cikgu Hasnah membelai-belai rotan yang digeruni oleh kebanyakkan pelajarnya itu. Wajah Ashraf bertambah pucat. Marina lebih tenang.

"Sudah bersedia? Saya hendak rotan kalian berdua kerana Marina memberi bukunya kepada Ashraf bagi ditiru kesemuanya," akhirnya Cikgu Hasnah menerangkan sebab mereka dipanggil ke hadapan.

Masing-masing menunggu dengan penuh debaran apabila Cikgu Hasnah semakin merapati Marina dan Ashraf.

Bunyi rotan Cikgu Hasnah amat menggerunkan. Marina dirotan sebanyak tiga kali di tapak tangannya. Wajahnya berkerut menahan kesakitan. Sesudah itu, Cikgu Hasnah merapati Ashraf yang semakin pucat itu. Semua pelajar hanya memerhatikan tingkah laku Cikgu Hasnah.

Sebaik sahaja Cikgu Hasnah mengangkat rotan hendak menyebat punggung Ashraf, tiba-tiba meletus keluar satu bunyi yang kuat diikuti dengan bau yang busuk. Semua pelajar berpandangan dan ketawa terbahak-bahak. Rupa-rupanya Ashraf melepaskan angin tanpa disedarinya. Cikgu Hasnah yang tadi berkobar-kobar hendak merotan Ashraf, menurunkan rotannya dan ketawa terbahak-bahak dengan kejadian yang tidak disangka-sangka olehnya itu. Marina yang bersebelahan dengan Ashraf tidak dapat menahan tawanya itu.


Gas Metana Ok....


No comments: