Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, July 2, 2009

Kos Pentadbiran yang Tidak pernah susut

Aku ni antara peminjam PTPTN. Aku tak pernah culas bayar dari tarikh bermulanya aku ditetapkan kena bayar PTPTN nie. Betul la.. dah kita pinjam. memang la kena bayar balik.


Sekarang ni boleh dikatakan setiap bulan aku bayar lebih kurang RM200. baru mula semenjak aku posting di Sabah nie. Sebelum ni aku bayar dalam seratus lebih jer mengikut jadual yang telah ditetapkan. Cuma kali ini aku mintak dengan PTPTN untuk satu bayaran balik secara tetap setiap bulan. tak macam ikut jadual di mana bayaran adalah akan berganda dari setahun ke setahun sehingga mencapai RM300 sebulan pada tahun yang telah ditetapkan sehingga hutang berjaya dilunaskan.

Yang tak bestnyer.. bila setiap kali aku tengok penyata kan.. alahai, admin fees dia.. susut sikit sangat.. contoh aku target setiap bulan PTPTN akan ambil kos pentadbiran secara purata untuk aku senang kira dalam RM50 setakat ni. Jadi setahun admin fees aku adalah RM600. Tahun sebelum ni aku hanya bayar dalam seribu lebih la. sebab masa ni gaji tak tetap lagi.. tapi admin fee dah RM600. maknanya aku hanya bayar RM400. Mak aii.. sikit jer aku bayar rupanya.

Dan apabila aku dah naikkan sikit tahap bayaran aku.. aku tengok admin fees tu tak berganjak pun. Susut pun hanya untuk seberapa sen sahaja.

tak pe laa.. katanya akan dikurangkan admin fees kepada 1%. aku harap cepat-cepat la pihak PTPTN nie uruskan penyelarasan admin fees 1% tersebut.

p/s: bila nak abes bayar camnie??? duit bukan ado..

No comments: