Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, July 12, 2009

Jual Plastik!!!

Sebaik sahaja pulang dari Kunak, kami bertiga terus membeli barang dapur yang sudah nak abes nie. Pergi kat century, then terus ke Pekan Semporna menuju ke Guardian dan kedai-kedai yang berkaitan..

Sampai di bahagian Pasar Basah dan Pasar Kering.. Kami berpecah.. Teh dan dida membeli sayur. Aku bergerak membeli ikan..


Aku pun pergi la memilih ikan aper yang nak dibeli. semestinya ikan paling banyak dijual ikan kayu. Ikan kayu ni ikan tongkol.. malas r nak beli ikan kayu.. aku dah muak. makan kat kantin sekolah pun jual ikan kayu gakk..


So aku melilau la satu pasar nie.. macam biasa aku mencari ikan, ada la beberapa kanak-kanak di belakang menjinjit plastik. Nak tolong bawa kan. aku ni malas nak layan bebudak nie.. Ok, dah dapat beli sotong.. nak cari ikan plak..

"Teacher!!!!"

Eh, mana datang suara nie.. aku pun mencari-cari.. laa.. Hafiz.. anak murid aku tahun 4..

niksensei: eh, Hafiz.. Hafiz buat ape kat sini
Hafiz: Jual plastik..(mukanya cam heppy jer aku tegur dia)
niksensei: meh sini, tolong bawakan barang teacher yer..

Hafiz ambil sotong aku sambil tersengihh.. Kesian plak aku tengok.. Aku pun meneruskan sesi membeli ikan lagi. dah setel sume.. Aku pun bagi la duit upah pada hafiz dan kawannya..


Erm.. Kesian aku tengok si Hafiz nie..tak sangka, ada jugak salah seorang dari mereka yang menjual plastik itu adalah anak murid aku sendiri..


Dilayannnn




No comments: