Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, July 24, 2009

Hanya Kata-kata

Berhati-hati dengan segala apa yang keluar dari mulut..

Berhati-hati dengan segala tindakan..

susahnya menjadi anak perantau..

Anak-anak ayah mewarisi zaman ayah nya dulu..

Ayah dulu perantau juga. Ayah ada 18 adik-beradik.. iaitu 3 ibu satu bapa. Kesian pada ayah, dari kecil tidak tingga bersama ibunya. tpi ayah tinggal dengan ibu bapa angkat beliau.

Terima kasih kepada arwah nenek (mak angkat ayah)

Ayah dulu bekas pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu, Kelantan. Kemudian ayah sambung belajar di Pakistan. Jauhnya ayah pergi belajar.. tapi sayang.. ayah tak berjaya tamatkan pengajian. sebab, abang-abang dan sepupu ayah dah berhenti support ayah.

JAdi ayah teruskan pengajian di Universiti Islam Indonesia, Indonesia. Bersama dengan adik perempuannya, aku panggil Cik Su. Cik Su bertemu jodoh di sana dan sekarang terus menetap di Indonesia.

Akhirnya ayah berjaya tamat pengajian. ayah pun pulang kembali ke Malaysia. Bertemu jodoh dengan ma. dapat la kami 4 beradik. Semua Puteri.

Tiga orang puteri dilahirkan di KLINIK PERUBATAN ARQAM, Gombak. Yang paling bongsu di HKL.

Tapi bila ayah berkumpul dengan semua adik-beradik.. ayah la paling low profile.

Nama keluarga ayah bukan Nik, Tapi Tengku. Entah mengapa ayah menukar dari Tengku kepada nama Nik. Aku pun tak paham. Yang aku tak suka bila sepupu aku di Kelantan buat salasilah keluarga ayah. Kesemua nama Tengku termasuk ayah dan nama anak-anaknya.

Mula la aku bising.. Sebab identiti keluarga kami dalam IC adalah Nik. Tapi dalam senarai salasilah itu nama tengku.

"Abang Alam, mana leh letak tengku.. ni nama lain"

Jawapan sepupu aku..

"ala, letak la nama betul. dah memang asal nama itu. Ayah demo g letok namo lain"

Entah le. aku tak berapa suka gak nama asal keluarga aku. Sebab aku dah biasa nama aku sekarang.

Tapi.. masih ingat akan cerita dari ma..

Sebelum aku dilahirkan.. ma beli kelengkapan bayi termasuk la bantal dan tilam. Bila nak beli sarung cadar. ma nak beli warna biru kot. aku tak bape pasti. Tetiba Che' Pah, kakak ayah soh beli warna kuning.. katanya

"tak boleh, kena pakai warna kuning.."

nak tak nak, ma pun beli la warna kuning. perlu ke semua tu ea.. erm. lantak la.. aku ni blur sikit pasal keluarga ayah.

Dari kecik, yang aku tahu adik-beradik ayah 5 orang. Rupanya itu adik-beradik seibu-sebapa. Tetiba bila ada pakcik datang melawat kami di KL, aku mesti tanya ma..

"ma, ni sape?"

jawab ma...

"ni abang ayah"

Aku dah pening.. dalam gambar ada 5 orang jer. tapi nape tetiba ada abang lain plakk.. Semakin aku membesar.. semakin ramai adik-beradik ayah yang aku kenal. aku iya kan jer. sebab aku tak paham kenapa ramai sangat adik-beradik ayah..

Rupanya ada 3 ibu..

oooooo...........









No comments: