Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, July 27, 2009

aku dibedah???

Teramat bersyukur kerana ma dan ayah cepat jugak bertindak di peringkat awal. Sejak aku dilahirkan, ada seperti ketumbuhan di leher aku. ketumbuhan itu seiring dengan tumbesaran aku. Semakin aku membesar, maka ligat la ketumbuhan itu membesar sehingga kepada sebesar guli.

Ketika itu, aku berumur 6 tahun. Aku tak perasan akn kewujudan ketumbuhan itu dileher, tapi bila aku pergi mengaji di rumah cik pa.. ada budak-budak cakap..

"eeee.. dia ada biji di leher cam orang laki.."

Masa tu memang tak paham pape..

Tetiba jer aku di bawa pulang ke Kota Bharu. Yang aku pasti, aku ditempatkan di hospital kanak-kanak di HUSM, Kubang Kerian pada tahun 1990. Ayah yang menemani aku di hospital. Alahai, dah namanya dok di hospital... mestila aku paham kan. Tiap-tiap hari mengemas baju.. nak ajak ayah balik..

Sampai satu masa, aku akan dibedah..

Cerita dari ma...

Kak Nani, kazen aku soh nurse bius dengan dos lebih dari dos biasa untuk kanak-kanak. Tapi nurse tu kesian kat aku.. dia pun bagi dos yang standard untuk kanak-kanak.

Sebaik sahaja aku nak di bawa ke dalam bilik pembedahan.. aku dah terjaga okk.. Aku meronta-ronta minta dilepaskan.. Ada la dalam 2 kali percubaan nak operate aku, tapi tak menjadi sebab aku asyik tersedar bila nak dibedah.. dan aku ni kuat gak meronta sampai doc naik busann..

kata kak nani...

"aku dah cakap, budak ni kuat mentalnya.. kena bagi lebih sikit.. tengok, belum nak buat pape.. dah terjaga.. macam ni.. tak selesai la keje kita"

Akhirnya untuk kali ketiga.. aku berjaya dibedah..

http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://comps.fotosearch.com/comp/LIF/LIF145/lateral-view-child_~PED01017.jpg&imgrefurl=http://www.fotosearch.com/LIF145/ped01017/&usg=__N9aHetj_4CCk5UO3KaeW8gEeRNU=&h=285&w=300&sz=19&hl=en&start=8&tbnid=W8USxrIQXi2kPM:&tbnh=110&tbnw=116&prev=/images%3Fq%3Dneck%2Bchild%26gbv%3D2%26hl%3Den%26sa%3DG

Tapi, lagi sekali masa lampu bedah itu diturunkan kepada aku..

Aku tersedar balik.. Aku memang terkejut. masa tu, cepat-cepat dr bgi suntikan pada aku supaya aku berdiam diri..

Camner ye.. dos standard untuk kanak-kanak pun tak berjaya melelapkan aku niehh..

dan.. keesokannya aku terjaga bersama-sama dengan balutan di leher dan ada air garam di salurkan ke tangan aku. Aku ape lagi, meronta-ronta dan menjerit..

"ma!! bukak mende ni.. bukak mende ni"

Abes satu hospital dengar aku mengamuk sakan.

Akhirnya, bila aku nak ke toilet, nurse pun buka kan air garam dari tangan aku.. tak malu betul aku ni.. mengamuk je kejenya.. kesian kat ma dan ayah melayan karenah aku..

Selesai semua, aku dibenarkan pulang dengan ada balutan di leher. Aku rehat sekejap 2. 3 hari di rumah che' Pah. MAsa tu teramat azab, nak tunduk pun tak leh. Kepala ni dok menegak jer..

Lagi sekali, aku kena ke hospital. MAcam biasa la.. aku akan mengamuk dulu. bila keadan dah reda.. baru la nurse cuba cabutkan balutan di leher aku.

Tapi elok plak masa sesi cabutan tu aku berdiam diri..

Sakit sangat masa nurse cabut balutan tesebut. Macam ada mende menarik-narik di bahagian leher aku yang dijahit tue..

Alhamdulillah semua berjalan lancar..

Akhirnya aku di sini dalam keadaan sihat walafiat.. berkat usaha dari ma dan ayah serta dengan izinNYA. Syukur Alhamdulillah..






No comments: