Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, June 7, 2009

With Him..

Pagi Ahad, aku keluar dan jumpe si dia. Aku temankan si dia pergi ke Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Tomoi di Selangor.

ada 3 orang budak tomoi yang aku jumpa masa perasmian. Happening jugak derang ni. Tapi masalahnye derang ni orang Kelantan. Aku ni bermasalah sikit nak speaking Kelantan. Of course la orang dengar nama aku ada 'nik' akan assume aku ni boleh cakap dialek Kelantan. Tapi yang malangnya, aku sukar nak membalas. aku hanya mampu memberi respon dalam bahasa Kelantan bila aku bersama sepupu aku yang terpilih sahaja. ngengade kan aku ni..

Berbalik pada majlis yang aku pergi ni kan. macam biasa, ada YB yang akan merasmikan majlis. Ada la orang kuat tomoi. dan majlis akan dipersembahkan dengan latihan tomoi oleh pelajar tomoi dan juga sedikit persembahan perlawanan oleh peserta tomoi yang berpengalaman iaitu
budak bertiga yang aku kenal ni la..


Apa yang menarik perhatian aku, sukan tomoi ni bukan setakat ko nak bertumbuk jer kat gelanggang. Rupanya tomoi ni juga ada seni nya yang tersendiri macam silat. Apa yang aku lihat semasa majlis tersebut.. ada upacara angkat sembah jugak rupanya tomoi ini dengan diiringi muzik yang aku tak tahu pe nama muzik tu..


Mende cenggini kan, betul berlainan dengan jiwa aku. cuma aku suka sebab aku dapat satu lagi pengalaman yang baru. kerana setiap pengalaman itu memberikan satu nilai yang tidak terhingga.


Selama ni, aku ni memang betul tak amek hal mende ganaz cenggini. Wrestling pun aku tak tengok. Aku selalu je tercengang-cengang bila kawan aku sakan bercerita pasal wrestling (masa tu kat Puteri Wilayah).. Bayangkan aku leh pelik bila member perempuan aku leh layan wrestling. Siap leh cite pasal The Rock, stone Cold.. aku tau nama the rock ni pun dari kawan aku ni, Seliza.. asal je pagi Jumaat.. kena la tadah telinga dengar cerita wrestling dia bersama dua pakwe kesayangan dia tuh..


sakan depa bergambar


ni pandang kamera mana plakk??

No comments: