Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, June 14, 2009

Sehari Suntuk..


Aku dan Dida amek cab dari airport Tawau ke Semporna dengan harga tambangnya RM95. then kami terus menuju ke rumah family angkat Dida di Tampi-tampi sebab dida nak amek kete dia terus. Di rumah family angkat dida,aku rehat japp.. dan kami lunch di rumah umi dida. Alhamdulillah, rezeki..


Sampai di Taman Miramas, rumah kami.. rehat kejap dan aku pun kuar balik teman dida gi car wash. KAt sini paling murah cuci kete RM6 harganya. lepas cuci kete, gerak ke Pekan Semporna. Beli ape yang patut la. Dah sampai ke dewan.. tempat persandingan. Dewan ni macam balai raya di tempat kita.


Ada pelamin yang cantik dihias di hadapan dewan buat tatapan pengunjung. Majlis ni takde jamuan sebab, jamuan makan sudah diadakan semalam. Yang menariknya ada persembahan mengalai(menari).. ann.. segala barang dapur. tapi aku malas beli barang basah. sebab blum ada mood nak masak lagi..hehehe..masih teringat di KL. (rindunyee)..


Sebelum balik ke rumah. kami singgah makan di restoran Sri Melor di Semporna. aku dah kenyang tapi aku nak try la masakan kat restoran ni.. jadi aku order Kuey Tiaw Goreng Ayam. Dah dapat pun pe yang aku order. tapi warnanya agak ganjil ler plak.. tak pe aku belasah jer.. Sedap gak rasa kuey tiaw nie.

Kuey tiaw goreng ayam


Sampai rumah plak.. dapat kol dari kak Zura.

'nik, nak ikot akak tak gi kenduri kawen maid akak'

Eh.. mestila aku nak ikutttt. da lama aku teringin nak melihat masyarakat Semporna bagaimana masyarakat Sempornakawen. Majlis persandingan diadakan di Kg Bangau-Bangau. Haa.. unik di Semporna ni banyak nama tempat berunsurkankata ganda.. antaranya.. tampi-tampi, bangau-bangau, egang-egang, gelam-gelam, bum-bum, pom-pom dan selain itu..

Bila dah sampai ke Kg Bangau-bangau nie, aku kena melalui jeti panjang.. rumah di Kg Bangau-bangau ni macam dalamcite Duyung tu laa. betul cakap cikgu Sabarina. aku yang nak melalui jeti tu, punya la sangat berhati-hati. Takut jatuh dan banyak la sangat lubang sepanjang meniti jeti tersebutt.. scary siutt..


berdekatan dengan kedai runcit Kg Bangau-Bangau
belum sampai dewan lagi nihhh..


Dah sampai ke dewan.. tempat persandingan. Dewan ni macam balai raya di tempat kita. Ada pelamin yang cantik dihias di hadapan dewan buat tatapan pengunjung. Majlis ni takde jamuan sebab, jamuan makan sudah diadakan semalam. Yang menariknya ada persembahan mengalai(menari)..



tetiba dah ramai pengunjung..
makin lewat malam, makin ramai pengunjung yang tiba
nak tengok pengantin..

Persembahan pertama bermula dengan pasangan warga emas mengalai. Sporting la derang nie.

haa.. yang best sekali masa derang mengalai ni diiringi muzik life. Xde nye pakai cd. ada penyanyi sendiri. dan yangpasti suara derang memang best dan tak sumbanggg.. Pasangan warga emas ni mengalai di hadapan pengantin dan yang pastiakan ada penonton datang dan memberikan duit kepada sesiapa yang mengalai di hadapan pengantin.

Ada perbezaan pada golongan tua dan muda mengalai. Bagi golongan veteran atau orang lama, mereka akan diiringi dengan tarian muzik yang agak perlahan dan rentak tarian pun agak perlahan jika dibandingkan dengan mereka yang lebih muda.


Jom, kita layannn gambar di bawah...

Peringkat orang muda mengalai



yang ramai-ramai ni.. nak bagi duit
pada mereka yang mengalai.. banyak duit derang
dapatt nie..



Pengantin (kaum Bajau) yang diraikan..


p/s: Anak kak Zura pun mengalai.. dapat RM4.00.. caya la Tasha!!!


No comments: