Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, June 18, 2009

Sangat sibuk tapi mengada-ngada

Aku selalu gak merungut.. keje banyak. Bertanggungjawab ajar 4 kelas. dengan 28 waktu. Belum lagi dengan nak tanda lebih kurang 160 buah buku. Dah le aku ni suka bagi budak wat latihan. Memang padan muka aku sendiri kena mark banyak-banyak..Belum lagi dengan tugas guru kelas tahun 6, S/U tahun 6, Penyelaras LDP sekolah.


Bukan aku nak gempar-gempur kan jawatan aku.. tapi kekadang aku rasa diri ini tak mampu menyelesaikannya. Kalu dilihat mende macam simple. Bila melibatkan diri dalam tahun 6 ni baru la aku merasa kesusahan dan kegetiran menjagi warga pendidik tahun 6. Macam-macam kena buat..


Bak kata si zaki, "take it as a challenge".


ha ah. aku setuju. cuma kekadang bila aku terasa terlalu letihh.. aku jadi tensen.


dalam kesibukan kerja.. leh plak aku menyibukkan diri berjalan plak.. ada je aku nak pergi. Padahal, kerja memang menunggu.. tapi aku tak hirau kan. jalan punya pasall.. aku sanggup redah. bila nak fikirkan hal kerja. memang kerja takkan habis. Yang penting enjoy dulu.. baru serabut kepala ngan keje2 yang menyusahkan tu..


Tensen-tensen punn. aku ni memang kaki tido. Bagi la selambak keje, segunung masalah, segetir nak amek peperiksaan.. aku tetap jugak boleh tidur. Lagi-lagi bila banyak masalah.
Bila aku dah buntu.. pe yang aku nak buatt..


"erm, tak pe lah. tido dulu. esok fikir balik jalan penyelesaiannya"


Maka, asal dapat bantal jer.. terus terlena dengan sedikit dengkuran haluss..

No comments: