Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, June 5, 2009

Nasi Lemak Antarabangsa


Tengah menyediakan makan malam, tetiba ma tanya.

kat mana tu nasi lemak antarabangsa?

teringat kembali zaman amek SPM dulu, tahun 2001. Aku duduk di Dorm G, Asrama SMK Puteri Wilayah di Kg Baru. Masa di Dorm G, hanya 4 orang sahaja form 5. Aku, dayu, Rubi dan Nor. Aku baru 1st time duduk di asrama SMK Puteri Wilayah ni. Ada la terdengar mengenai nasi lemak antarabangsa nie. Aku tanya Rubi mengenai makanan yang femes di kg baru ni.

Apa kata si Rubi.. Sedap la nik. nanti kita mintak Pak Guard belikan nasi lemak antarabangsa untuk kita bertiga (masa tu si dayu dah tak dok asrama). Gerai nasi lemak tu dekat je dengan asrama sekolah aku. Juz seberang jalan sampaila ke lorong yang ada 'DAULAT TUANKU'.

Maka, si Rubi dan si Nor menggunakan skill yang ada mintak tolong Pak Guard tersebut. Perlu ada teknik tertentu supaya hal ini menjadi rahsia dan tidak sampai pada pengetahuan warden kami yang pekat loghat Kedahnya.

Pesanan nasi lemak dah sampai. tiba masa melantak.. peraturan asrama perlu dipatuhi juga. tepat pukul 11 malam, lampu dorm perlu ditutup. semua penghuni asrama kena tidur. apa jadi dengan kami bertiga.. kami melantak dalam keadaan gelap di dalam dorm kami. sambil menahan segala bunyi daripada didengar oleh warden kami. Dorm aku tu sebaris dengan rumah warden. itu yang bahaya.. takut kantoi beb..

Pergh.. kelazatannya memang terasa. aku cukup puas.

seronok berkawan dengan rubi dan nor. padahal kami ni berlainan kelas di sekolah. Rubi dari kelas sastera, nor dari aliran sains agama dan aku dari aliran sains tulen. tapi kami cukup rapat.. mandi pun nak sama-sama. tapi lain bilik yer..

Prep sama-sama.. jakun plak tu.. bebudak form 5 leh tido lewat sampai pukul 12 malam. kelonggaran sebab nak amek spm. kami bertiga suka study kat bilik khas untuk 'stay up'.. bila ada 30 saat nak ke pukul 12. tau pe yang kami buat..

dok mengira saat-saat ke jam 12 tengah malam. tengok kelipan kl tower berkelip-kelip sampai la lampu kl tower dipadamkan. bukan dok study. dok layan benda merapu.. memang kami jakun..


sampai di sini sahajaaaa....


No comments: