Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, June 23, 2009

My Cute Little Fan



Setiap hari Selasa, aku akan melepakkan diri aku di Bilik PPSMI. Ape motif?? Sebab hari ni jadual pack. Lebih baik aku dok menunggu budak datang terus ke bilik PPSMI.


Tetiba jer ada usb fan tu kan. Aku terpaksa bawa usb fan ini ke bilik PPSMI sebab elektrik hanya boleh digunakan pada Projektor dan Laptop sahaja. Kipas di siling hanya menjadi hiasan sahaja. Jadi aku kepanasan la di bilik ni sensorang. Maklum la Semporna ini dekat dengan laut. Memang angin laut je la aku dapat.


Ini yang aku heran. Kesian kat anak murid aku, kelas tak kondusif. Yang pelik, ada bahagian yang ada current. tapi bila kipas siling. ada 2 biji kipas siling. satu pun tak leh guna. Pihak sekolah cakap ada masalah wiring.


Ape-ape je la. Budak tak selesa pun. P&P kena dijalankan seperti biasa. Sampaikan aku sendiri pun kepanasan. nasib baik la dapat free gift USB fan masa aku beli printer HP. Leh la si kecil ni membantu memberi sedikit keselesaan pada aku sepanjang aku dok di kelas yang tiada kemudahan kipas ini.

"teacher, buka kipas ni ooo.. Panas aku"

"tak boleh la, tak ada elektrik.. (sambil switch on)"

Kekadang kesian aku tengok, semua dok menempel dekat aku bila budak-budak ni kepanasan.\ nak merasa sedikit angin dari kipas kecil aku nie..



Ustaz Azmi berkata: UIks, laju jugak ekk kipas ko ni nik??




No comments: