Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, June 15, 2009

Menutup Aurat

Sejauh mana kita berjaya menutup aurat?? Sedangkan aku sendiri pun tak berjaya jugak. aku memang malas nak pakai stokin. Jadi bila tang kaki memang aku sedikit tak menjaga aurat. Aku teringin nak cakap hal ni bila ada sorang ustaz sekolah aku cakap..

'tinggi budak ni pakai tudung. sampai nampak rambut'

Opss.. aku macam tu gak dulu. Masa aku kat keje kat MCLJ, aku pakai tudung tapi tak pakai anak tudung.dah le pakai tudung bawal kan. pastu sah-sah la nampak bayangan rambut dari tudung yang nipis tu. walaupun aku sanggul rambut aku tue.. tetap gak nampak bulatan sanggul tersebut. Kalu tak sanggul, lagi teruk. mesti nampak cam ekor kuda teroleng-oleng di balik tudung aku.. Adakah itu dikira menutup aurat??

Sekarang aku dah berubah.. sebab aku tahu.. sangat la tidak kemas bila memakai tudung tapi nampakbebayang rambut di sebalik kain tudung yang nipis. len la kalu pakai tudung style skrg nie. Tudung Ikin tu..tak pakai anak tudung pun ok.. asalkan kain tudung tersebut tebal.

Aku teringat balik masa orientasi di UKM tahun 2003. Setiap student akan dapat tshirt putih lengan pendek dan diwajibkan pakai tshirt tersebut. Aku tak biasa pakai yang lengan pendek ni, so aku sarung la tshirt lengan panjang di dalam dan pakai tshirt putih di luar. masa tu mana ada yang cam sarung tangan tu.. yang fesyen sekarang ni.

tetiba ada sorang minah cina cakap ngan aku..

'eh, kenapa you pakai tshirt di dalam, i tengok yang lain ada jer tak pakai. biarkan je lengan terdedah'

camner aku jawab ea.. aku pun da lupa...
hahahahaha...

No comments: