Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, June 2, 2009

Menguap



Dalam tak sedar, jam analog aku telah menunjukkan hampir ke angka 12 menandakan sudah sampai ke tengah malam. aku pun dah mula mengantuk. rupanya ada satu fakta yang best mengenai mengantuk ini.


Mengantuk merupakan salah satu proses mengekalkan keseimbangan suhu badan. Memang benar, apabila kita keletihan dan tidak cukup tidur, orang akan menguap. tapi..


Kenapa yer kita mengantuk?

Manusia menguap apabila kepala seseorang mula berasa panas, maka otak akan mengawal suhu dan menyebabkan kuapan berlaku. Begitu juga apabila kita berada dalam keadaan yang terlampu sejuk juga boleh menyebabkan seseorang itu mengantuk.


Apabila kita keletihan dan tidak cukup tidur, suhu otak akan meningkat. Peningkatan suhu ini akan membuatkan otak kita bertindak dan berlakunya kuapan pada seseorang.


Tapi, kena berhati-hati sekiranya kuapan berlebihan berlaku. Ia menunjukkan masalah menyejukkan otak. selain itu, orang yang kerap menguap ini mungkin petanda bagi pesakit sawan yang akan mengalami kekejangan dan meramalkan ketibaan sakit kepala kepada orangyang menghidap migrain.

Nampak macam simple.. tapi tak leh pandang remeh kan..


ok.. otak aku dah panas.. aku pun da mula menguap.
dan aku ingin tidur..Good Night!



No comments: