Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, June 19, 2009

Mengerti???

"Na, sembarangan sahaja kau ni?"

"teacher, betol ka ni oooooo"

Kadang-kadang aku tak pahammm.. kadang-kadang aku peningg.. kadang-kadang aku tergelakkk.. aku sendiri pun masih belum sepenunhya adapt dengan loghat mereka ituu..


tapi.. bebudak ni pandai betul ilmu menyelinapp..

aku ni selalu tahan derang.aku bagi derang lambat rehat. sebab derang ni suka bercakap dan sangat la lambat menyalin..


Hari ni baru aku diberitahu..


"ooooo teacher, ada yang tapok di belakang teacher pergi rehat!"


You all tahu tak ape maksud tapok??


Tapok itu sembunyi..


Kena tahu jugak serba sedikit bahasa bajau..


Supaya aku ni tak mudah ditipu oleh anak murid aku yang sememangnya banyak muslihatt..


Pandai yer.. kenakan teacher!!!!


Nak kena kamu ni???

2 comments:

Shanana... said...

Salam Cikgu..

Pernah mengajar kat ADNI ye.. mungkin kita tak pernah jumpa sebab saya pun selalu juga pergi ADNI tu dulu. lagipun mungkin Cikgu sekejap je kat sana...kalau lama mungkin akan kenal siapa saya. Seminggu ni pun asyik berulang alik pergi ADNI... he..

Terima kasih kerana mengikhlaskan diri mengajar di daerah kecil semporna. jauh dari kesibukan kota besar. yang ada hanya laut terbentang. pulau-pulau tersergam apatah pulau Bum-Bum. hampir setengah tahun tak menjejak kaki ke sana.

Bila cikgu tulis perkataan2 until, lutau, tapok... saya tergelak sendiri. dari tiga perkataan tu, perkataan until sebenarnya jarang disebut kecuali kalau orang tersebut buat2 pekak bila dipanggil. until lazimnya cecair hijau dalam telinga yang gegendangnya pecah... kesian cikgu kena berhadapan dengan budak2 yang bahasa ibunda mereka sendiri pun tak faham. apatah lagi diajar dengan BM dan English. kesian juga pada mereka, tapi apa nak buat. keluhan ini juga untuk adik2 sepupu saya di daerah itu. masih ramai. entah bila nasib mereka akan berubah...

doakanlah semuanya akan jadi baik cikgu...

selamat berjuang....

NiK SeNsEI said...

To Shanana: 3 bulan sahaja saya di Adni..


Terima kasih..Memang agak mencabar. tapi saya usahakan apa yang termampu. walaupun ada sedikit masalah bahasa dengan murid, tapi kekadang mereka ni menghiburkan hati jugakk... =>