Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, June 22, 2009

MENCAPUB dan GIPANG

MENCAPUB dan GIPANG adalah perkataan gabungan yang sangat femes ketika aku di matrikulasi.

MENCAPUB - Mencari Publisiti
GIPANG - Gila Pangkat

SYok tu bila aku dan member-member menggunakan perkataan ini kepada golongan yang seperti di atas.Tapi itu zaman ketika kami masih lagi belum matang. sebab aku pun pernah menjadi seperti perkataan di atas. iaitu aku suka mencapub ketika aku di sekolah menengah dan matrikulasi. Tapi aku tak la Gipang sebab aku tak minat memegang jawatan di Perwakilan Pelajar, jadi ketua blok ke,asrama ke.. ape sume tu tak minat.

Kembali ke realiti..iaitu tahun 2009

Kekadang aku kurang paham dengan sikap manusia ini. aku bercakap secara umum la. Bukan aku nak mengata ke apa. tapi realiti. Bercakap mengenai guru KPLI dan golongan yang mempunyai ijazah termasuk la aku.Hanya dengan sekeping sijil yang menyatakan anda telah pun dianugerahkan ijazah sarjana muda, andaterus nak bangga dengan itu???

Pantang betul bila aku bersembang ada sedikit unsur bangga diri. termasuk la aku sendiri. Kekadangmungkin aku ni pun pernah bangga diri tanpa disedari. diulangi bangga tanpa sedar. cehhhh.

Nape ea.. sampai ada guru PPLD mengatakan ada guru KPLI yang berkata begini..

"saya tidak respek guru lepasan diploma"

HELLO, boleh tak berhati-hati sikit dengan penyataan ko tersebut. Kena ingat ya, dari mana kita ini berasal??kita ini hasil didikan dari golongan guru tersebut. Sedangkan aku ni pun rasa ilmu aku di sekolah tak cukup.Terus terang aku nak mengatakan di sini.. aku sendiri pun kena sentiasa membuat rujukan sebelum mengajar.Aku sendiri pun masih peringkat baru nak belajar.
Sebab tu kadang-kadang aku suka bertanya pada guru lama.


Bagaimana aku nak buat itu, bagaimana aku nak buat ini? Aku perlu berdiskusi juga dengan mereka kerana pengalaman mereka. tapi aku pilih gak dengan sape aku nak berdiskusi. mestila mereka adalah golongan guru yang sangat aku kagumi di sekolah aku sekarang ni.

Sape mereka itu??... hanya aku jer yang tahu...

Kekadang aku nampak bila aku pergi mesyuarat di PKG. walaupun baru pergi sekali jer. ada jugak golongan guru yang suka mencapub. saja-saja nak expose diri ko tu hebat.. ko paling muda ke,ko tu kenal ramai cekgu dalam mesyuarat tu ke.. itu tak perlu. sebab aku perasan, derang ni nak menunjukkan derang tuada kot dalam kelompok mesyuarat itu.

Tak perlu la mende sume tu. Juz ko bagi pendapat dan cadangan dah le.. ni macam nak cakap kuat-kuat bagi sume orangperasan kewujudan ko. Padahal mereka yang lain rileks jer. MAcam kurang matang la bila anda berbuat begitu.

Jadi, kita ni sebenarnya hanya lah sama sahaja. Maka berpijak la di bumi yang nyata. Tiada siapa yang hebat dimuka bumi kecuali ALLAH.


No comments: