Klik Nih...

Followers

Nuff

Saturday, June 20, 2009

Poligami

MAdu itu banyak khasiatnya. Madu itu juga sedap dimakan. Madu itu juga penawar.Madu itu juga RACUN bahhh..

Sangat la sensitif bila bercerita mengenai kahwin lebih dari satu.Cuma yang pasti, mustahil lelaki muslim tidak memasang niat untuk berkahwin lebih dari satu. itu kata yang pernah aku dengar dari seorang ustaz.

Ada juga aku berdiskusi dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin. katanya..

"I tak terfikir nak berkahwin lebih dari satu. sebab I nak jaga yang satu ni pun susah. maksud I, sebagai suami kita kena bimbing isteri kita dengan asas agama yang kukuh.Sedangkan yang seorang yang I ada ni pun. I macam risau, mampu ke I bimbing dia ke jalan yang benar?"

BAguslah ada lelaki yang berfikir sebegitu. tapi sangat susah nak jumpa rasanya.

Pada pendapat aku pulak..

Pada zaman kegemilangan anda (kaum lelaki) merasakan yang mereka mampu kahwin lebih dari satu.Juz go ahead. Ye la dalam Islam dibenarkan.

Tapi.. jangan la plakk.. bila sudah berumur, sudah letih nak berulang-alik 2 rumah mengikutgiliran. dah mula nak abaikan tanggungjawab anda. iaitu adil dan saksama.

Sebab aku dah lihat depan mata kepala aku sendiri. KAwan pada bapa aku sendiri sudah jalan senget sebelah. Biasanya di waktu umur sudah senja. Kebanyakkan golongan ini hanya berehat di rumah dan mengerjakanibadat atau melancong ke sana sini melawat anak ke, umrah ke, haji ke, berjumpa sanak-saudara ke..Tapi kawan ayah ni. kesian aku tengok, masih bekerja membanting tulang empat kerat semata-mata mencari rezeki untuk anak beliau bersama isteri kedua beliau. Anaknya masih kecil lagi..

Sedangkan.. isteri yang pertama sudah bersenang-lenang kerana anak isteri pertama kesemuanya sudah boleh berdikari. tidak perlu ditanggung oleh bapa.

Fikirkanlahh, akan tiba satu masa nanti anda akan keletihann untuk menguruskan keluarga anda yang besar.

tidak la aku bermaksud untuk menentang atau apa. Aku paham memang poligami dibenarkan dalam Islam. CUma bukan senang seseorang lelaki itu mampu bersikap adil. Aku tak pasti dari mana sumber ini..tapi yang aku ingat.. Jika kita tidak mampu untuk mengikut syarat-syarat poligami, sebaik-baiknya berkahwin la satu sahaja.





1 comment:

NiK SeNsEI said...
This comment has been removed by the author.