Klik Nih...

Followers

Nuff

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Tahun 1995..


Ada seorang cikgu di sekolah aku ni. dulu aku belajar di SK Datok Keramat Satu dari tahun 1991-1996.


Pada tahun 1995, aku di kelas 5 Biru. ada sorang cikgu lelaki ini. namanya Cikgu Syukri Bin Shafie. Orangnya tinggi dan berkulit cerah. handsome jugak.
Tak silap aku, dia ajar kami subjek Alam dan Manusia. dan bila dia tak dapat masuk ke kelas. si Nizam, akan biasa membaca nota sambil disalin oleh kami sekelas.


aku ni plak ada 2 sekolah. bila semester pertama. aku akan pergi ke Sekolah kebangsaan dari pukul 7.30-1.00 tgh hari. then pergi sekolah agama dari 2.30-5.00 ptg. tapi herannya ketika itu.. aku tak pernah merasa penat. boleh siapkan kerja sekolah lagi. kalu tak siap, ape lagi aktiviti meniru di awal pagi sebelum loceng berbunyi.



Semester Kedua.. pagi sekolah agama dari pukul 7.30-10.00 pagi. then pergi sekolah kebangsaan dari pukul 12.30-6.30 ptg. dulu mana ada belajar bahasa arab di Sk kan.. tu yang bapak aku hantar g sekolah agama.



Ma dan ayah aku berniaga di Pasar Datok Keramat. Balik dari sekolah agama, masa semester kedua. aku akan singgah mintak duit belanja dengan ma aku. then aku pergi beli nasi. ma kat kedai, tak masak la makanan lunch kami.



Aku selalu beli di kedai Pakcik Hashim. sebab aku akan mintak nasi separuh dan aku suka sambal tempe dia. rangup n yummmyy.. tetiba ada sorang mamat pakai helmet di kepala dok tengok je aku dok membelek pameran lauk pauk di kedai pakcik hashim.. dalam hati aku berkata..


eh, pehal mamat ni dok tengok aku..
erm.. tapi boleh tahan handsome mamat nie..



tetiba, si mamat handsome ni tegur aku..


mak kamu tak masak ker??



aku pun pandang jer dia dengan satu pandangan yang mencurigakan.. bermonolog



eh.. pehal ni? aku tak kenal. sibuk plak nak tanya.




Lama aku tilik muka dia.. tetiba aku berkata..


La...Cikgu Syukri. Saya tak perasan la.. ha ah. mak saya tak masak. dia kerja di pasar..



Muka dah merah.. sebab tak cam cekgu sendiri. Adeh. malunyer aku.


Sajer nak share cerita..



SELAMAT HARI GURU.





3 comments:

Azwani Shaari said...

Happy Teacher's Day =)

Anonymous said...

samat hari guru utk ko nik. cikgu shukri ye.. i wonder kita penah sempat ke blajar dgn dia eh.hm..kita darjah 1 sampai 4 je kat skdk tu pastu blah p mlaka. kita paling ingat ustazah bidayah. sayang dan suka sangat kat ustazah:) tp dah lama tak dgr citer ustazah..

zatty

NiK SeNsEI said...

Azwani Shaari : Thanks cik wani..

Zatty : Cikgu Shukri tu cikgu baru tahun 1994 (darjah 4)