Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, May 3, 2009

Menjelajah Pulau Mabul Kali Kedua

Aku join teh dan kawan-kawannya ke Pulau Mabul. kami hanya snorkeling sahaja. tengok la nanti. Aku tunggu kawan baik aku untuk dive. tapi aku tak pasti, mak aku tak bagi aku turun ke dalam laut. kami nek bot ni jer. sebab tak ramai kan.. naik bot buruk jer. ni le kawan teteh yang happening ni.


sebelum berangkat ke Mabul


Apakah aktiviti yang kami lakukan??

  1. snorkelling
  2. makan
  3. jalan-jalan di kampung pulau mabul
  4. snorkelling lagi...
  5. balikkkk....


Aktiviti Pertama:

Percubaan snorkelling pertama. nasib bek aku ngan teteh cari jugak roti di kedai sebelum berangkat ke pulau. leh le bagi makan kat ikan-ikan tue. syok beb dikerumuni ikan. tapi sayang, dok berpusing-pusing, air keruh. so tak berapa jelas tengok ikan-ikan itu. ada ikan belang-belang, ada ikan warna hitam. ikan ini aku pernah tengok kat pulau manukan.



Aktiviti Kedua:

Makan di tepi jeti yang panjang tue.. giler tak.. makan di tengah cahaya matahari terik. tapi tak de gambar nak tunjuk. ada dalam kamera teteh. tak upload lagi beb. lauk memang tak best. lebih kurang 4 bungkus polisterin nasi bersama 2 bungkus polisterin lauk. terpaksa makan kongsi-kongsi. n yang best. lauknya hanya gulai ayam, di mana kuantiti ayam sangat la sikit berbanding kuanti ubi kentang yang banyak. nisbah ubi kentang dan ayam sangat jauh berbeza. ape la.. nama sahaja gah, tapi service tak baguihhhh. aku pergi ngan agent SCUBA JUNKIE. cess..


Aktiviti Ketiga
:
Lepas makan, bersiar-siar di Kampung Mabul. melihat aksesori dan cenderamata. haa, aku dah kali kedua jalan ke mabul. so tak banyak gambar yang aku amek. cuma ada la certain mende yang menarik perhatian aku.


longgokan gigi ikan ape tah..


gigi ikan dari jarak dekat- busukk



silakan kira, berapakah lapisan gigi ini???



Si ikan piranha, aku agak jer.. hehehe





di kedai cenderahati, cantikkan coral ni. setelah dicuci oleh pekedai ini


Pekedai ini orang Jepun. tapi fasih berbahasa melayu. KENAPA??
Asalnya, orang Jepun ni datang ke Mabul, saja nak diving. aleh-aleh kawen ngan orang bajau dan tinggal terus di Pulau Mabul selama 13 tahun. ada 3 anak. cakap melayu pun fasih. pelik aku, bagaimana mereka boleh berkahwin?? jodoh kan..



Aktiviti Keempat:
Sambung balik snorkel.. mula-mula aku snorkel still nampak ikan yang sama. ada ikan nipis dan mulutnya macam todak. ada ikan kepalanya putih dan badan nya warna coklat gelap. dan yang best, aku nampak Lion Fish.. ikan ni aku penah tengok kat pulau payar. masa aku menyelam sedalam 4 m dengan bespren aku, Liza.



dok la snorkel lagi, air makin keruh. tetiba, aku nampak Turtle. besarnya turtle ni.. cepat-ceoat aku cuit mr mzi teteh. depa dok syok bagi ikan makan. ape lagi.. kami bertiga mengejar penyu tu. sedar-sedar dah sampai tanda had snorkel. terpaksa kami benti. tapi turtle ni tak sebesar yang aku nampak di Pulau Perhentian. yang tu memang besar la. BAPAK segala penyu..



Aktiviti Kelima:
dahpun abes snorkel.. ok la balik sudah...









No comments: