Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, May 20, 2009

Kursus Program Taklimat Saga Matematik Tahun 6


Semalam, aku menghadiri taklimat Program Saga Matematik Tahun Enam, 2009. Taklimat dikendalikan oleh Cikgu Malek. dia ni asalnya orang Kedah. tapi dah lama menetap di sini.


Ada sedikit teknik lain menjawab matematik. walaupun aku tahu ada guru-guru lain dah tahu teknik begini. tapi aku nak kongsi kan sahaja..

ini kaedah addition. tapi tak ada process regrouping. terus je tulis di bawah.


macam 2 + 8 = 10. terus tulis di bawahnya 10..


kemudian 4 + 8 = 12, so 12 tu mesti diletakkan mengikut place value.. itu yang penting..


sama juga begini, 9 + 1 = 10, letakkan terus 10 di bawah..


kemudian, 5 + 1 = 6, letakkan di ruang yang betul yerk.. ikut place value..



kemudian, yang terakhir sekali.. tambahkan balik kesemuanya..



ni plak multiplication.. lukis lidi sahaja..




contoh, 12- lukis satu lidi secara menegak untuk 1 dan lukis 2 lidi untuk 2.. siapppp




kemudian, untuk nombor 13, lukis 1 lidi untuk 1 dan lukis 3 lidi untuk 3 secara menegak..


seterusnya, lukiskan seperti dia atas di bahagian persilangan antara garisan yang dilukis.. lihat atas..




Kira pertembungan (titik merah) yang di sebelah kanan adalah mewakili nombor sebelah kanan. Sebelah kiri mewakili nombor yang paling hadapan. dan yang di tengah tersebut, adalah nombor di tengah..

Persilangan kanan: ada 6 titik. maka nombor paling kanan ialah 6.

Persilangan Tengah: ada 5 titik, maka nombor di tengah adalah 5

Persilangan Kiri: ada 1 titik, maka nombor di hadapan sekali adalah 1.


Kaedah ni agak mudah. tapi masih perlu di kaji. kadang-kadang certain number sahaja yang boleh digunakan.. aku ni pun masih baru dengan cara ini. Baru memperoleh ilmu baru dari yang pakar.

Akhirnya, akan mendapat 'product' sama seperti kaedah yang biasa kita gunakan.




Amnya, kita menggunakan 'long division method' untuk mendapatkan hasil bahagi/quotient.


tapi, kaedah ini juga dibenarkan bergantung kepada keupayaan murid tersebut. seperti gambar ditunjukkan di bawah. Repeated of 3 x 8 adalah dibenarkan as long student can get the correct anwswer. asalkan basic n concept division tersebut adalah betul. seperti yang berlaku di bawah.. Akhirnya. Quotient yang diperolehi ialah 71 dan jawapannya adalah sama dengan 'long division method'.



Sekian, itu sahaja yang aku paham dan ingin dikongsikan bersama anda semua.

No comments: