Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, May 31, 2009

Hari Tanpa TemBakau Sedunia.

Selamat Hari Tanpa Tembakau Sedunia


Matlamat Hari Tanpa Tembakau Sedunia (diambil dari harian Metro)
  1. Meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan berkaitan penggunaan tembakau
  2. Mendedahkan bahaya sebenar tabiat merokok.
  3. Memberi sokongan penuh kempen ati merokok di kalangan perokok dan bukan perokok.

Kenapa merokok? sebab ada nikotin dalam rokok tersebut. aku dah lupa struktur kimia nikotin dulu. dulu ke main aku dok melukis struktur jerk. Nikotin merupakan unsur yang boleh menyebabkan ketagihan. itu lah sebabnye depa ni suka merokok.



NIKOTIN
Antara struktur kimia kesukaan aku. sebab mudah diingat.
http://www.biopsychiatry.com/nicotine/index.html


Diambil dari wikipedia:

Nikotin boleh merangsang dan meningkatkan aktiviti metabolisma badan, kewaspadaan/kecergasan dan ingatan. Sesetengah pengguna nikotin melaporkan bahawa nikotin mempunyai kesan melegakan. Nikotin juga boleh meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah serta mengurangkan selera makan. Pada dos yang lebih besar, nikotin boleh menyebabkan kemuntahan dan nausea.

Pengguna nikotin juga selalunya terlalu bergantung kepada bahan kimia ini. Pada 16 Mei 1998, Ketua Pakar Bedah Amerika Syarikat, C. Everett Koop mengatakan ketagihan nikotin adalah hampir sama dengan ketagihan heroin dan kokaina, tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau. Simptom tarikan yang berlaku termasuk sakit kepala, keresahan dan keteriritasian ( irritability ). Simptom ini mencapai tahap akut dalam 48 hingga 72 jam dan akan berakhir dalam beberapa bulan atau tahun.

Walaupun kandungan nikotin dalam rokok amat sedikit, pengguna masih boleh membentuk dependens fizikal terhadap nikotin. Kandungan nikotin yang diserap badan bergantung kepada beberapa faktor, contohnya jenis jenis tembakau, sedutan asap rokok, dan penggunaan penapis/turas.


Khas buat para perokok.. Kebaikan Tidak Merokok; walaupun aku tahu tersangat susah nak berhenti kan..

  • Hidup lebih sihat
  • Sistem imunisasi yang lebih kuat
  • Tahap kesihatan dan selera makan leboh tinggi
  • Ketrampilan fizikal yang lebih menarik
  • Melindungi orang lain daripada menjadi perokok pasif
  • Teladan yang baik untuk anak-anak(walaupun tak de anak)
  • Pendapatan bersih yang lebih tinggi (iye, leh jimat kan)

p/s: tapi si dia dah isap 4 batang rokok ari nie.. aku gak yang menjadi perokok pasif.




No comments: