Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, May 27, 2009

Hari Guru Peringkat Sekolah


Hari ni diadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan SK Pekan Semporna. Pada awal pagi acara bermula dengan perhimpunan, nyanyian segala lagu, ucapan dari sesape.. dan pukul 10 pagi plak.. jamuannn..

diminta cikgu nik datang ke hadapan


maka dengan yakin aku ke depan.. ingatkan acara sukaneka dan pembahagian kumpulan sudah bermula. tapi lain plak yang aku harapkan..


cikgu nik, kau jadi MC yer.. ini tentatifnyer..


hamek ko.. tetiba je beb. aku pun. hah, ok.. hentam saje la.


Masa jamuan lak.. aku pun menuju ke kelas. tapi.. anak murid aku dah melantak semua makanan derang. yang tinggal hanya lah sisa jer. yang laki, macam hape jer. sume makanan depan mata balunn.. bila aku tanya ape derang bawa. sengih-sengih kat aku. yang tahu, asal nampak je food yang sedap, menarik dan cantik.. laju je dia balunn..


Aku malu.. kelas len baru nak mula jamuan. kelas aku sendiri dah bis jamuan.. adeh.. pening-pening. tapi tak pe..


Aku layannnnnnn


then, melawat kelas Kak Lijah.. syoknya dia masak sagor(masakan sabah) dan beberapa ikan kayu panggang. Ikan kayu tu, ikan tongkol. kebanyakkan ikan tongkol di sini besar-besar. sedap beb..


warna kuning tu, masakan sagor.



No comments: