Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, May 21, 2009

Hairan...




Sudah hari keempat peperiksaan. aku sentiasa memerhatikan gelagat anak murid aku di sini. sangat la pelik..


aku tak nampak situasi murid membaca buku di tepi longkang, aku tak nampak murid menyemak jawapan selepas test, hatta sekalipun nak tengok bebudak ni pegang buku pun susah.


Yang aku nampak, mereka bermain berkejar-kejaran di padang kecil sekolah aku dengan gembira tanpa rasa gundah-gulana bahawa adakah mereka dah betul-betul bersedia untuk test pada pagi ini....


bak kata guru lain..


mereka ni lagi suka bila ada exam.. sebab tak payah bawa buku..
tak ada kerja rumah

susahnya di sini, tiada budaya memegang buku. teringat zaman aku dulu.. bila exam, time tu la nak menjenguk buku-buku tersebut. siap duduk di tepi longkang sambil membaca dan semak nota buat kali terakhir. bila dah abes exam, berpusu-pusu nak check.. betul ke jawapan aku ni??


dan perkara yang amat aku tak suka.. dah habis menjawab exam, tak de pun nak check jawapan waima nak check ada tak lagi soalan yang tidak dijawab..


bahkan salin perkataan pun leh ada 'spelling error' . yang derang tahu, dah siap menjawab dan boleh MAINNNN..


ingat nak main ajer budak-budak ni...






No comments: