Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, May 17, 2009

Alkisah-Rahmah Kenali

Justify Full
Bagaimanakah aku tercampak di SMU (A) Ar-Rahmah atau sekarang dikenali Maahad Rahmah Kenali?


Alkisahnya, mudir(pengetua) adalah rakan baik ayah aku. jadi aku di hantarkan bersekolah di sini. Di Kubang Kerian, Kelantan. Aku di sini, tiga tahun sahaja dari 1997-penghujung 1999. banyak sangat kenangan manis di sini.


Biasanya di sekolah arab(panggilan tempatan di Kelantan), tak boleh terus masuk ke tingkatan satu. jadi aku ditempatkan di kelas Peralihan 1. Semuanya si gadis. Alhamdulillah. Peratus keseluruhan markah aku mencapai lebih kepada 90% di mana sume subjek, tak silap aku, 20 subjek (akademik dan agama). Di sini belajar subjek feqah, tauhid guna bahasa pengantar bahasa arab. haahaha.. memang melopong aku. tapi sekarang.. dah banyak aku lupa mengenai bahasa arab. Berbalik kepada result yang melebihi 90% itu. aku berjaya dilompatkan terus ke Tingkatan Dua. Di sini, tingkatan dua biasanya berumur 15 tahun. tapi aku antara yang terpilih bersama 5 orang rakan. so kami boleh melompat tahun terus ke tingkatan dua.


Di zaman remaja ni. memang la aku agak nakal jugak. tapi nakal sikit jer. hehehe. ada banyak rahsia di sini. Ye la.. dah jauh dari ibu bapa kann. jadi aku pandai la jugak mengorak langkah yang jauhhhhhh.


Pernah suatu ketika aku keluar malam bersama-sama doormate aku. kami semua di asrama AMAN. duk hostel tak boleh keluar malam. so, kami keluar ikut tingkap dengan berbaju kurung. aku ni gopoh sangat. panjat tingkap sampai terkoyak baju kurung aku. tapi keazaman mahu keluar malam amat tinggi. jadi aku pun berjalan keluar jugak dengan baju kurung koyak tersebut.


Ketika form two pula, aku ni kaki tidur dalam kelas. asal cekgu mengajar. kalu setakat bagi ceramah di depan tu, memang sah aku tido. sebabnya, aku dok di belakang sekali. dah le aku ni rendah, dok belakang. dapat cekgu, ustaz, ustazah yang suaranya perlahan. wajib la aku tido. kesian member aku, atikah di sebelah. selalu jadi tukang kejut aku secara tak rasmi. Thanks Atikah.. Jasamu dikenang beb..


Dilantik sebagai pengawas masa form 2. macam tak caya jer. dulu kan zaman fesyen pakai kain labuh dan meleret. kain dbkl, sapu sume lantai bila berjalan. ha.. style cenggitu le aku pakai. dah le tu, kena pakai jarum peniti kat tudung. adeh, rimas. disebabkan aku ini pengawas. maka terpaksa la aku memakai pin tersebut. Yang syok, bila meeting pengawas. dah la ,lama meeting tu. mengenangkan aku ni antara yang termuda di kalangan pengawas. aku wat selamba dek jer.. tido semasa meeting. bukan salah aku. dah memang mengantuk sakan. mata tu yang tertutup sendiri yerkkkk..


Tahun 1999.. mengenangkan diri aku ni yang kuat tido dan mengantuk dalam kelas. aku memilih untuk duduk di barisan hadapan sekali. tapi ternyata hipotesis aku tidak berjaya. aku tetap juga
mengantuk. tapi aku ada cara tersendiri. cekgu bm aku orangnya berbadan besar. bila dia mengajar, tangannya mesti diletakkan di atas meja aku. Jadi aku pun cepat-cepat compare saiz tangan aku dengan cekgu itu..


mak aihhh....berganda-ganda besarnya dari tangan aku. (info-masa zaman sekolah saiz badan kecik. tak cam sekarang dah bulat.)


Ketika tahun 1999 la aku kenal ramai kawan lelaki. Kebetulan sekolah aku tukar polisi. kelas bercampur lelaki dan perempuan plak.. sebelum ini lelaki dan perempuan diasingkan.


Aku rapat ngan seorang budak laki ni. namanya Nik Azwari. Lawak gak mamat nie. nampak jer macho. tapi hampeh gakk.. dia selalu datang lepak di kelas aku. then, suka join aku ngan member len berborak. especially masa tiada guru.. opss.. (patot la anak murid aku suka bercakap.. rupanya aku pun suka bercakap gak masa sekolah dulu)..


Apa yang menariknya di Kubang Kerian ni, ada istana negeri Kelantan. sekolah aku ni antara sekolah yang terdekat dengan istana negeri ini. penah gak la aku masuk ke dalam kawasan istana tersebut.


Selain itu, tempat yang aku suka pergi ialah Pasar Malam Kubang Kerian setiap hari Selasa. Suk sangat gi Pasar kat situ. kami akan berjalan beramai-ramai ke pasar. Berlaku juga satu kejadian menarik di sini, sebaik sahaja membeli belah di pasar malam, aku pun ke tepi jalan. ternampak azwari tengah menunggang motorsikal..


dah dia kawan aku. aku pun sengih la dari jauh. sebaik sahaja dia membalas senyuman aku..
Dia kemalangan. azwari ketengah jalan, sebab tu dia dilanggar dari belakang. Aku menarik nafas lega. Alhamdulillah dia selamat. cuma tangan dia luka. DUa hari dia tak datang sekolah. tapi yang aku tahu, parut di tangannnya akibat kemalangan itu masih ada lagi sampai sekarang..



Pengajarannya di sini, jangan bagi senyuman mautt yer..


Dan seterusya.. banyak lagi pengalaman menarik di rahmah kenali. tapi semua nya biarlah rahsia. dan di situ jugak banyak memberikan kenangan yang sangat maniss buat aku...



k...










No comments: