Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, April 19, 2009

Pesta Regatta Lepa




Regatta Lepa merupakan satu festival tahunan yang diadakan di Semporna yang disambut oleh masyarakat Bajau. Lepa membawa maksud 'bot' dimana ianya dibuat daripada kayu merah seraya. (http://sabahfood.ws/index.php?option=com_content&view=article&id=32&Itemid=18).


Habis je sesi SBT, aku gatal-gatal nak join family kak zura jalan-jalan ke Regatta Lepa sekitar Pekan Semporna. tempat pertama aku tuju ialah di jeti. makluman, di Semporna tiada pantai. hanya ada jeti yang terus menghadap ke laut. sebab tu di sini banyak rumah di atas laut. selepas parking, berjalan la ke tepi jeti. ramainye orang. ada sorang budak ni pakai baju rama-rama.


semangat nak ke pesta


berjalan menyusuri jeti Taman Tun Sakaran, dah nampak bot berbaris. macam jakun jer aku ni. tak pernah tengok. hehe.

gerbang pintu Tun Sakaran


memang dah ramai orang pagi nie. tapi bila waktu malam mesti tak sanggup beb. macam-macam ada tau.tapi aku tak nak la citer. ape yang aku tau malam ni ada persembahan dari artis adibah noor dan stacy.

Antara bot yang ada


Pertandingan hiasan bot ni disertai oleh setiap kampung di Semporna. Yang aku tahu juara tahun lepas adalah dari Tampi-tampi. tapi tahun ni aku tak tahu la. esok baru kuar result pertandingan. di antara bot yang agak cantik, antara 1 buah bot di bawah. tapi aku tak tahu kampung mana. aku masih tak arif lagi nama kampung di semporna nie.



aku tengok bot-bot ni dok berdiam jer atas laut. mesti la macam teroleng-oleng ombak. ish. aku rasa bila aku dalam bot cenggitu, mesti aku dah mabuk laut. aku hanya leh bertahan bila bot tu bergerak laju jer. dok ralit tengok bot tu, tetiba ada orang dalam bot kuning melambai pada aku. macam konpius plak. takkan ada orang kenal aku kot. aku pun tilik la sape. erm, anak murid aku rupanya.

budak laki baju hitam tu


Nasib baik mak dia paham bahasa isyarat aku bagi. leh la aku snap gambar dia dalam perahu tersebut kan. lepas puas tengok perahu, aku pun berjalan-jalan ke gerai plak. erm. macam-macam dijual. ada handbag, brooch, gelang kristal, makanan dan layang-layang.


layang-layang ikan jerung


sempat jugak la aku dan family kak zura ke pameran di stadium semporna. stadium ni depan sekolah aku jer. kat sini ada pameran. siap ada bawak kambing lagi. aku teman Abang ni gi tengok kambing tu. selamba je dia usap kambing tu. saiz kambing ni agak besar. tetiba..

eee, besar nya telur
acik, amek la gambar telur tu




aku pun gatal g snap gambar tu jugak.

ada jugak pameran kraftangan kat sini. ada gubahan bunga kristal. tapi aku tak minat la plak.


then, jalan-jalan lagi ada persembahan tarian dari kg Lahat-lahat, Semporna. ada sorang ke pakcik, yang lain sume budak-budak.




Pesta regatta lepa nie diadakan 4 tahun sekali. tapi ada yang aku dengar dari penduduk sini, sambutan regatta lepa tahun ini tidak semeriah seperti tahun lalu. mungkin aku tak bernasib baik tahun ini. mana la tahu kan, tahun depan lagi meriah.







No comments: