Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, April 22, 2009

Perkara yang saya suka tapi......


Teringat semasa amek SPM dulu. aku penah fail subjek kimia. result spm pun cuma kredit sahaja. then, masuk matrikulasi pun sebab result add math aku jer. di matrikulasi, baru aku tahu bahawa

chemistry is the best


so, yang lawaknya.. aku hanya study kimia ngan math. biologi haram aku nak baca. konon-konon nak score 4 pointer. berangan nak amek medic.. tapi cmner aku nak amek medic, dah tak minat subjek biologi kan.. biologi hanya la subjek yang aku suka belajar dan explore sahaja tapi aku tak suka nak buat revision untuk exam. penghasilannya.. result biologi aku teruk..


masuk ukm pun, aku apply bidang kimia. memang seronok sangat. dapat belajar apa yang aku suka. paling aku suka lukis struktur. dan struktur yang paling best sekali ialah struktur darah merah, hemoglobin. pergh! makan masa lebih kurang 2 jam la, aku nak mengingat n draw the stucture of hemoglobin.


buat final project pun best, dapat A beb. tapi leceh.. bila dapat reading, aku tunjuk kat Dr Jamaludin, dia soh aku buat lagi. boleh dikatakan seminggu sekali muka aku ni wajib bertandang ke bilik dia. ada jer aku nak bertanya. at last, sebulan pertama final semester, aku dah berjaya siapkan kerja makmal aku.

mana tak siap, aku dok bertafakur kat ukm tu masa cuti semester. tiap-tiap hari dari pukul 8pg-5tg aku dok berdiam kat makmal tahun 3. dok menilik kitosan (kulit udang) aku tue. aku kena wat kitosan tu menjadi gula(bukan gula wat air tu, tapi sejenis gula, disakarida). aku berjaya jugak.


dah bis wat degree, apply kpli n ada gak gatal2 anta abstrak thesis aku kat petronas. interview kpli aku dpt tu untuk post guru pemulihan. ceh, aku mintak cekgu sains, tp dapat interview, pemulihan, aku gamble je la. pergi saja. seminggu lepas tu, dapat interview petronas untuk post researcher. aku pun pergi, tapi dalam hati aku, aku tak minat la nak jadi researcher ni. memang aku tak study la..

Dahsyat gak interview Petronas, ada 5 panel. dah la sampai lambat. aleh-aleh korang tau dia tanya ape? sumenya pasal thesis aku masa 3rd year tu. mak aii, aku dah lupa. dah setahun aku tinggal. tanya mende yang memang aku pro. tapi dah lupa kan.. tak stadi punya pasal. tapi masa ni memang hati aku nak dapat kpli jer..


dapat tawaran kpli, tapi aku dapat Matematik. Alhamdulillah. dapat jugak yang relate ngan degree aku. tapi yang tak best, bila masuk maktab, member aku budak kpli sains, bukan degree sains, tapi dapat kpli-sains. aku bengang gak. aku yang betul-betul majoring sains ni tak dapat sains. tapi tak pe, aku redha jer. cuma kadang-kadang aku berangan nak ajar kimia. tapi kena g sekolah menengah, ish.. aku tak nak jd cekgu sekolah menengah..


Sampai pengakhirannya, aku ni masih rindukan kimia aku tue. rindu nak belajar kimia lagi..
sebab aku sangat suka KIMIA...









4 comments:

Anonymous said...

i pun suka kimia.. biology tu ko kenae xplore bruk2. baru paham.. kan? kan?kan? teacher

NiK SeNsEI said...

ha ah, memang pun. tapi part bedah ni I suka, cuma I malas nak baca & ingat the part of the body, nama-nama sel tu. yang tu.. memang haram nak ingat..

clustergolgi said...

saya pon sangat suka kimia since sekolah lagi..dapat plak amek degree chemistry with education..skrunk tercampak kat Semporna..tapi kena ajar Math..macam hampir senaseb je kita ne kan..hahaha..

NiK SeNsEI said...

owh, cikgu sekolah mana?