Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, April 9, 2009

Pandai-pandai la bawa diri


Hari ini aku kena bawa 3 budak untuk Pertandingan Model Kerjaya. Kaedahnya, seorang murid akan membentangkan kerjaya pilihannya bertemakan "Sains dan Teknologi Peneraju Wawasan Negara". Pembentangan adalah menggunakan alat multimedia 'power point' dan murid ini dibantu oleh 2 orang murid lain untuk mengendalikan laptop. Peserta akan diberi 4 minit untuk membuat persediaan dan penyampaian tajuk masing-masing adalah selama 10 minit.


Maka, aku pun memilih kerjaya Ahli Farmasi setelah berdiskusi dengan budak-budak tersebut. sebabnya, aku dah naik muak la. asyik-asyik doktor je kan. so, kita cari kerjaya lain. asalkan mengikut tema "Sains dan Teknologi Peneraju Wawasan Negara. "


Awal pagi, sekitar pukul 7 pagi sesi pendaftaran. maka aku pun pergi mendaftar dan bagi handout 'power point' pada urusetia. ok.. finished.

Pertandingan bermula pukul 2 ptg. mengikut jadual ditetapkan. sebaik je aku sampai. dimaklumkan pertandingan di mulakan untuk sekolah menengah dulu. nak tunggu lagi. ok. undi turn plak. Sekolah aku last contestant ok. nasib je 4 sekolah.

tiba-tiba mintak 'handout power point' plak. aku beritahu la aku dah bagi. tapi apa katanya.


saya tak terima pun. cekgu beri pada siapa..


Ni pehal plak beb. penant-penat aku berjalan ke dewan masyarakat gi bagi handout tu. ni jawapan dia beri. takkan aku nak wat balik. satu salinan pun aku tak bawa. maka aku cari alternatif lain. mujur giliran sekolah aku yang terakhir. sempat la aku mancari staf PKG ni. akhirnya jumpa. maka dengan menebalkan diri aku mintak tolong staff PKG Semporna print kan handout tu. mission complete!


satu lagi hal. mintak dalam bentuk cd plak. mana la aku bawa beb. mungkin rezeki aku baik. ada guru sekolah lain ada nayak cd kosong. maka aku pun mintak beli cd dengan dia. huh.. kelam kabut aku. tapi tak sempat nak burn cd jugak. sebabnya sudah tiba giliran sekolah aku.


1st part - pasang Projektor dan Laptop
  1. dengan confident aku pasang. tapi no signal
  2. salah sorang judges tolong. ok da dapat signal
  3. pancaran LCD berkelip-kelip plak
  4. check, kabel tu longgar
  5. da try banyak kali. still not flexible
2nd part - Alternatif lain pasang lcd
  1. aku dah gelabah. tapi wat muka sengih-sengih (leh tak)
  2. aku minta guna projektor sekolah aku sendiri (nasib baik bawa)
  3. alhamdulillah berjaya
  4. tapi.. aku tak paham la arahan mereka (tolak ke sana.. ke sana tu tolak ke mana?)
  5. at last, ketua hakim datang tolong aku arrange kedudukan projektor
  6. adeh..malu aku.. tapi memang aku tak paham arahan orang sabah ni (penggunaan ayat yang mengelirukan aku dan aku pun tengah panik ketika itu)

pembentangan. (projektor sekolah tu)


Akhirnya berjaya juga.. my students pun menjalankan sesi pembentangan beliau...yang speselnya aku dibenarkan masuk semasa pembentangan tersebut. padahal pada ikut syarat asal, guru pengiring tidak dibenarkan melihat persembahan murid aku sendiri. lega.. dapat juga aku rakam gambar mereka.

Sebelum kami balik. aku pun mengucapkan terima kasih pada pihak juri sebab membantu aku semasa nak pancarkan projector tersebut.. huh. setel..


Result pertandingan besok. tapi aku lebih teruja nak tengok boria..


No comments: