Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, April 24, 2009

Mr Snake


Balik dari sekolah aku melayan sekejap Australia's Next Top Model. Masa Elimination Process, setiap model kena bergaya dengan seekor ular. bila tengok je Mr snake tu, aku teringat ketika aku ngan liza ke Bukit Bendera, tahun 2007.


Ada la sesi bergambar dengan ular. ish, mula-mula aku tengok tu,besar la ular nie. nak pegang pun takut. tetiba ternampak budak korea lebih kurang umur 8 tahun, bergambar dengan Mr Snake. Muka dia rilek jer. siap tergelak-gelak pegang Mr Snake yang berat tue..


Aku ni cam rasa tercabar lak.. aku pun try. dengan bayaran rm10 bersama sekeping gambar yang terus dicuci. Apakah perasaan aku?


mula-mula, orang tu lilitkan Mr Snake di badan aku macam rantai. masa pegang tu, aku dah bising-bising. "berat, berat".. dalam masa yang sama, ada gak manusia-manusia len dok tengok aksi aku. aku ni dah gelabah..


Adik, pegang kepala dia


Amboi, da la mende ni berat. bercampur dgn perasaan takut. Giler ape soh aku senyum. tapi akhirnya berjaya jugak aku bergambar. cuma gambar aku tu blur ckit la..


tak sangka, aku bergambar dengan Mr Snake..






No comments: