Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, April 12, 2009

Labuk Bay



Ini la trademark si Monyet Bangkatan atau Prosboscis Monkey. Si HIDUNG BESAR.


Feeding time di Labuk Bay ni pukul 4.30 ptg. Kami pun meneruskan perjalanan ke Labuk Bay. Sudah sikit nak ke sini. masuk dalam simpang. Jauh sangat sehingga melalui SK Sungai Tiram. Sejak menjadi guru ni, aku tersangat alert dengan sekolah.


Best ni. Banyak ekor la si Monyet Bangkatan nie.. Monyet Jantan mempunyai saiz badan dan saiz hidung yang lebih besar serta ekornya berwarna putih. Manakala monyet betina mempunyai saiz hidung yang lebih kecil dan sedikit mancung serta ekornya tak berwarna putih.


Selain itu. ada lotong tau. aku dengan yakinnya bertanya..

ini monyet spesis ape?
owh ini lotong..


Opss... aku tak penah tengok lotong. tersengih je laa... tak dapat nak upload. ada kat kamera dida.


Selain itu, dapat gak tengok burung enggang. tapi ada beza laa... biasa dalam tv yang kita tengok, paruh tu warna kuning. tapi yang aku tengok kat Labuk Bay paruhnya bukan warna kuning pun.



ni rasanya.. betina. tengok hidung dia. mancung kan.


Sekawan monyet..


di sini ada 3 kumpulan monyet. 1 ekor monyet jantan dikelilingi banyak ekor monyet betina. wow! bestnyer. banyak monyet betina. jangan harap la ada bendasing (orang asing) nak amek makanan dari kumpulan tersebut. mesti ketua nya akan protect makanan tersebut. food itu hanya untuk member kumpulan dia sahaja tau. siap mengaum bila ada lotong nak try amek makanan depa. ish garangnya. biasanya ketua kumpulan monyet ni aku tengok.. rata-rata besar, saiz hidung besar dan garang.


si burung enggang sabah


ok.. habis dah cerita saya..







No comments: