Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, April 12, 2009

Jalan-Jalan di Sandakan


Seawal 6.30 pagi, kami ber-4 (dida, teh, basri & saya) bergerak ke Sandakan. Travel dengan Kereta Myvi cik Dida bersama driver kami, En. Basri. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam menuju ke Sepilok. sebenarnya, nak mengejar ketika orang utan itu diberi makan pada pukul 10pagi. memang kami tiba tepat-tepat pukul 10pagi. tapi dok berlengah...pergi toilet la, isi perut la. so, bila nak ke kaunter..


sudah tidak sempat ni kamu mau tengok orang utan. mereka sudah lari balik hutan.



ceh....tak sempat dah.


Nampak gaya kami kena tunggu waktu makan pukul 3 petang plak. ok. sementara mengisi masa, kami pun ke bandar Sandakan. singgah dan beli food di Giant Sandakan.


Pukul 1.30 ptg, kami bergerak balik ke Sepilok. Hati dah berkobar-kobar nak tengok orang utan.


Ok.. dah beli tiket. jom masuk ke dalam..

KORANG TAHU APE MENDE YANG AKU NAMPAK DULU??

BERUK..

la, spesies ni memang dah kerap aku jumpa. masa kat matrikulasi N. Sembilan di Kuala Pilah, di Bukit Cerakah atau Bukit Cahaya Alam, dan UKM. tapi spesies yang banyak. mungkin orang utan ni malu kot.

Tunggu punya tunggu. akhirnya dapat melihat 2 ekor orang utan sahaja. tapi tak dapat nak zoom la. tak cantik. ni je la yang dapat diambil.



tak nampak sangat kan.. ramai jugak yang datang menjenguk haiwan ini. kadang-kadang aku terfikir, omputih tu semua sanggup habiskan duit nak melihat orang utan. ye la datang dari jauh plak tu.


Ada ibu beruk ni baru melahirkan anaknya. erm. cute kan abak dia. ramai betol omputih nie menangkap gambar. punggungnya pun masih merah lagi. mesti belum ilang lagi saket beranak tu. mak beruk ni asyik-asyik dok tanyang punggung. sampai ada manusia gelak-gelak cakap mak beruk tu buasir.. pandai-pandai je kan.


ibu dan anak


bontot merah


Di Sepilok ni, ada pameran serba sedikit mengenai orang utan. ada sesape mahu amek anak angkat tak?? ok angkat tangan..




Nama derang pun cantik.. ada nama rosalinda & mimi. secantik tuannya.


ok.. nanti nak cerita pulak pengalaman kat Labuk Bay..
Melihat Prosboscis Monkey..












No comments: