Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, April 14, 2009

Apakah Kita Ini Hebat??

Lepak-lepak di bilik kaunseling sekolah sambil nak uruskan folio model kerjaya. Ada guru tahap 1 mempersoalkan tahap Matematik murid tahun 5. Sifir tak hafal. cakap budak tu teruk sangat. dan dia beria-ia menyatakan bahawa budak dari hasil pengajaran dia mesti tak ada masalah punya.

ok.. betol ker??


itu tak kisah lagi. tapi ada statement dari dis cekgu buat aku tersentap..


sape yang ajar mereka? tambah dan tolak pun tak betul.. macam mana mereka ajar? kalu saya ajar mesti tak ada masalah.


mungkin betul apa katanya.. tapi aku kurang bersetuju setelah aku sendiri yang mengajar mereka. aku dah kenal sangat tahap anak murid aku. budak yang aku ajar sekarang ni tahun 6 dan tahun 4. Salahkan guru???


Aku tak pasti aku yang silap atau tidak?


Ada lagi guru dari semenanjung dah bercakap dengan aku..


nik, u jangan terlalu mengharap pada mereka. u buat macam mana pun memang hasilnya tak sama seperti yang you jangkakan. but.. satu jer.. plz don't give up. didik lah anak murid kita ni


Memang betul pun. dah berbagai cara aku cuba. dah banyak aku labur duit nak potostat worksheet. tapi hasilnya. tak seperti yang aku harapkan.. ada yang senang-senang hilangkan worksheet yang aku bagi. dah aku hias kelas sendiri. tapi dah dirosakkan oleh anak murid aku. dah berpuluh kali aku ulang perkara yang sama.. tapi hasilnya mereka tetap jugak


AKU NDAK TAHU TEACHER...


dan perkara yang paling aku tak nak dengar bila buat problem solving (menyelesaikan masalah). Aku dah taipkan soalan tu siap dengan dwibahasa lagi. baru je budak-budak dapat kertas dan baru tengok serta tanpa dibaca mereka terus berkata...


SUSAH TEACHER...


Apa lagi aku boleh buat.. nak terangkan konsep hari setiap bulan melalui tangan tu pun aku dah amek 2 masa. but aku tak pasti, adakah mereka dapat atau tak?? nampak gaya.. minggu ni dok belajar bahagian itu sahaja lah.,


Tahun Enam pun tak tahu berapa hari dalam bulan Februari. Apa itu Tahun Lompat??
Adeh, tepuk dahi aku beb...


so, tak pe la.. aku memang letak diri aku ni di tahap paling bawah sekali. soi, dis week marilah kita mengenali bulan-bulan dan tahun yer.. dalam tempoh minggu ni aku dok sibuk mengajar kira tempoh bulan, hari dan tahun je la..

tapi, aku leh agak.. kalu aku tanya how many seconds in 1 minute? minutes in 1 hour? hour in 1 day? sah-sah la sebahagian ramai tak tahu.. aku ni gelak dalam hati jer la... tapi tak per. sesusah mana pun aku kena kuat dan sabar untuk menyampaikan ilmu pada mereka semua.. Insyaallah..






No comments: