Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, April 8, 2009

Allergik

Bercerita mengenai allergik ni perkara biasa la kan. setiap orang ada allergik memasing. my sis pun sama gak. dia tak suka makan buah. bayangkan hanya ada 4 jenis buah sahaja yang dia makan. tak ke rugi. buah kesukaan adik aku tu..
  1. epal
  2. pisang
  3. jambu
  4. tembikai


hanya buah tu je menjadi bahan makanan pelawas dia. ma selalu cakap..

kulit acah(my sis) tak cantik, dah la tak makan sayur. buah pun tak makan


aku ni memang kaki kutuk la my sis aku. dah la dia tu banyak allegik. salah makan, kulit merah bintik-bintik nek badan dan naik gatal. memang aku sakan gelak dia.


Alih-alih pada penghujung tahun 2006, aku bedal la kuey tiaw kerang di ampang point. masa tu aku keje kat ampang (kerani jer) baru lepas grad. balik opis. tetiba..

badan rasa tak selesa.. panas-panas.. (takkan dalam aircond pun
panas kan)

mula rasa gatal-gatal

muka naik bintat-bintat (macam lepas kena gigit nyamuk)

buruknyer muka aku masa tu..dah la bintat besar alam..


dan akhirnya, aku berjaya mencari jawapan. Genap umur aku 22 tahun. aku disahkan ada sedikit allergik pada makanan seafood. ini kali pertama aku allergik. selama ni memang tak pernah, melantak la banyak mana pun. gerenti akku tak menghadapi masalah.


dan.. untuk kali KEDUA aku terkena lagi. aku melantak 2 ekor udang yang kawan teh beli.. elok je lepas 2,3 jam selepas itu. aku dah gatal-gatal badan. rasa panas. dok tergaru-garu kepala. dan tiba-tiba aku dapat merasa ada benjolan kecil di kepala aku. cepat-cepat aku berlari tengok cermin.


haaa.. amek ko.. muka dah berbintat.. di leher pun ada satu bintat. di kepala tak payah cakap la. memang ada. tapi aku tak nampak laa.. di lengan pun ada. memang hari ni aku dok menggaru jer. sampai ke pagi. masih ada lagi kesan tersebut.


nampak gaya. aku kena dapatkan calamine losyen. wat standby. walau pun jarang terkena. Tapi sekali kena bahana allergik tu.nak wat sapu kat badan (khas untuk mereka yang ada alahan gatal-gatal cam aku). perghh.. memang best menahan miang-miang. sampai ke pagi gatal nie..


ada hikmah kot tak bagi aku makan banyak sangat kat cni. ada sudah cikgu di sini kena GOUT sebab banyak sangat makan seafood di Semporna. Bak kata Fauzi, technician sekolah aku..

laut di Semporna ni banyak batu kapur.


(aku terpikir, bila masa laut ada batu kapur)


batu karang ke beb, ko biar betol, mana ada batu kapur dalam laut. air masin. cehh.. wat konpius aku jerk..

encik fauzi kata..haa.. batu karang


salah cakap. kan dah terkena ngan aku.


kuang_kuang_kuang




No comments: