Klik Nih...

Followers

Nuff

Saturday, March 28, 2009

Teknik Teacher

Agak mencabar jugak mengajar budak-budak di Semporna ini. walaupun dulu pernah jugak mengajar Year 1 masa di International School di Taman Sri Ukay. teringat kembali masa di awal masuk ke kelas 1 Ibn Hazm. Dass... sebaik sahaja kaki melangkah masuk..

Teacher, I want to rub. (berlari-lari mengelilingi satu kelas)



Adeh..aku sudah pening beb.. tapi masa tu memang la. aku pun tak ada basic mengajar. tapi sekarang da agak ok sikit. sebab da ada sedikit ilmu pengetahuan di dada. eceh...

Back to Semporna...


Kelas ni sebelum rehat. tapi, punyalah susah nak suruh bebudak ni buat kerja. aku pun ugut la, sape tak buat kerja.. teacher tak bagi rehat.


Tak ada respon.. depa buat derk jer...


ELEH, TEKNIK TEACHER JE TU....



Zappp. bukan aku nak marah.. tapi aku tergelak lagi ada la. budak sekarang memang pandai menjawab. erm.. tengok la korang.. aku akan tunaikan kata-kata aku..

BELL RING..


ada yang nak keluar.. aku tak benarkan keluar. haa.. masa tu baru tahu. kelam-kabut depa nak buat kerja. tapi aku ni baik. selepas 5 minit kemudian. aku pun lepaskan mereka keluar rehat. mana la tahu ada yang lapar. karang sakit plak kan..








No comments: