Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, March 23, 2009

Selepas Bercuti selama seminggu..

Kali ni pergi ke airport sendiri je. tak boleh nak minta tolong si dia hantarkan sebab dia ada urusan di KB. so tak pasal-pasal bergerak sendiri naik bus dari kl sentral ke LCCT dengan harga RM8. Bas terakhir pukul 10.00 malam. tapi sebab dah sampai awal ternaik plak bas pukul 9.30 malam dan akhirnya tiba di LCCT pukul 10.30 malam.

adeh awal giler. pe aku nak buat kat sini.



Ini adalah kali pertama melepakkan diri di LCCT lebih kurang 6-7 jam sementara menunggu boarding flight pukul 7.20am. padahal perkara ni dah jadi lumrah pada geng-geng Kedah. depa biasa stay kat airport. maka dengan beria-ianya saya pun curi la 3 komik adik. konon-konon nak membaca la sambil menunggu pukul 6 pagi. tapi... erm.

berangan je lebih.

alih-alih mata ni hanya bertahan sampai pukul 3. padahal dah siap berborak ngn member sebelah. dia cekgu sekolah menengah di Sarawak. tapi memang mata ni da tak tahan beb. ngantuk sial. lagi bengang bila tengok kat depan tu. mamat omputih siap conquer 3 bangku sedap-sedap membuta. cesss.. tapi nak tido cenggitu tak boleh la. saya kan perempuan. tak senonoh pulak nanti. maka dengan baik hatinya.. hanya berani melunjurkan kaki di atas troli dan melelapkan mata.

berjaya juga tido untuk 15 minit. tapi ok. rasa cam tido berkualiti la. tetiba..


1 message received



ha...ni mesti dida da sampai. tapi dia tak nampak saya. sebab saya ni RENDAH. bila dah melunjur kaki ke bawah. dah rendahkan badan. memang tak nampak kelibat saya tu. dilindungi oleh ketulan beg yang besar. hahahahaha... patut la minah ni tak nampak aku.

next...

Nak pergi check in. terjumpa plak si Faizal (coursemate masa kat ukm). aikk.. pehal mamat ni kat sini. saya pun pi la depan dia. nak panggil kompem tak dengar. suara ayu sangat. ha.. terkejot beruk dia.

kata si Faizal..

eh, aku mimpi ke..


belah r nak mimpi-mimpi plak. rupanya hantar member aku gak. dia posting kat Sarawak. cekgu kt Sarawak kena nek flight awal. sebab nak kejar bot. karang takot terlepas bot plak. huhuhu.. baru paham. susah jugak yerk. memang jauh perjalanan mereka tu..

ok.. nak check in plak. nak masuk awal sebab nak solat subuh. kalu solat kat surau luar. memang tak dapat la. ramai gila. sampai tak de ruang nak solat. so baik ler saya g solat di surau balai berlepas.

ok.. siap sume. da gi toilet. ada bunyi hp plak..

huh.. si teh tak leh nak check in plak..'

Pehal la plak. padahal flight board lambat. lagi 5 minit before pukul 8. tapi teh tak di benarkan masuk. flight delay disebabkan..
  1. masalah enjin
  2. ada passenger bawa buah durian masuk dalam kabin.. (adalah sama sekali tidak dibenarkan)

eleh.. padahal leh je si teh masuk. cuma lewat sedikit. da la flight delay gak. walaupun hanya untuk selang 20 lebih kurang 30 minit lewat. nak kata tiada rezeki kan. erm, adalah hikmah tu. ye tak...

Sampai airport Tawau satu hal plak. leh la jadi orang terakhir kuar. gara-gara nak amek beg kat atas. nak amek beg pun tak sampai. kemudian nak cop pasport. sempat lagi duduk kejap atas kerusi sebab ramai orang. malas r nak beratur. tak ilang penat lg tunggu kat LCCT malam tadi.

ok.. da setel sume. siap da amek beg. MAKAN TIME. g makan plak dgn DIDA. da isi perut baru cari teksi ke Semporna. RM95 beb. ok. da ready nak naik teksi Semporna. tapi syok beb. dapat naik kete besar.


naik kete ni la.. tapi tak tau kete ape.. (malunya)


Perjalanan sangat best. smooth saje. cuma ada kawasan yang hujan. ada kawasan yang tidak hujan. Pergi rumah Ummi Dida. nak g amek kete myvi dida. Tepat pukul 2.30 ptg. saya dah pun tiba di rumah sewa di Semporna. kat mana?? di Taman Miramas. No. 72, rumah corner lot.

erm. ok la.. sudah ngantuk nie. k chow..


tak puas lagi bercuti


No comments: