Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, March 19, 2009

Keturunan Minangkabau

Secara lazimnya, masyarakat di Negeri Sembilan amnya penduduk di Rembau adalah orang Minangkabau. jadi kita akan berpendapat bahawa orang Negeri Sembilan ni orang Minangkabau. tapi ayah pernah bercerita.

menurut susur galur keluarga kami. kami adalah dari keturunan Minangkabau.


Aik.. tang mana kaitan tu. Ma dan Ayah berasal dari Kelantan. dari mana plak terselit keturunan Minangkabau ni. yang tak sangka. ayah masih juga berpegang pada adat Minangkabau. Opss.. masih berpegang pada adat. erm (berfikir sejenak)

Kadang kala terasa pelik. kenapa plak keturunan Minang padahal asal Kelantan. ade gak kot tersesat.

Walau ape pun keturunan. Kita tetap sama. kita juga makhluk tuhan. kita juga sama-sama berpijak di atas bumi. kita juga melakukan perkara yang sama; makan, minum, berjalan, berlari dan sebagainya..

Apa ada pada keturunan?


Sangat beruntunglah mereka dari keturunan yang baik-baik. dan sangat malang bagi mereka dari keturunan sebaliknya. Hakikatnya tidak. lagu Raihan pun ada.

Iman tak dapat diwarisi


Sama juga manusia. Personaliti individu tidak semestinya bergantung pada ketinggian darjat sesuatu keturunan tersebut. yang penting budi luhurnya..












No comments: