Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, March 6, 2009

Dipeluk

Macam-macam perkara berlaku pagi khamis ni.. tetiba ada sorang parent datang.

Cikgu, aku da tampar budak lelaki yang memeluk perawanku (anak dara).

opss...

saya tahu sape budak itu...


beberapa hari yg lalu.. budak yang sama. telah dihukum oleh PK KOKURIKULUM.. gara-gara memeluk girl ini. jadi takkan saya nka wat tindakan lagi. sebab budak itu sudah duhukum. kesian plak kaan..

ape da gatal sangat ke budak tu. tak baligh lagi tu. tapi dah pandai nak peluk-peluk anak dara orang. saya ni risau jugak. da la saya guru kelas.. ish menambahkan lagi serabut kat kepala nie. bila di sekolah, memang tak menang tangan. tak sempat nak bbuat ape. nak mengajar la.. nak uruskan kelas lah.. mende-mende lain la.. ish.. budak-budak plak buat peel tak tentu pasal..

Akhirnya...

Apa tindakan saya..sebab ini da masuk kali ketiga budak laki ini peluk budak perempuan yang sama.

  1. beri nama pada guru disiplin
  2. beri nama pada guru kaunseling

fuh.. setel..

dasat jugak bebudak sekarang ni. 'adult wannabe'. masih budak tapi nak berkelakuan orang dewasa.

teringat masa tahun 2007.
semasa mengajar di International School dulu. rata-rata di situ murid ramai juga melayu. walaupun ramai foreigner. saya ajar mereka science & math. di sini guna silibus Singapore. masa subjek science (topik tak ingat la).. mengenai metamorphosis. ada la pasal human ni.. so saya pun explain dari manusia yang berkahwin akan dapat baby, toddler, teenager, adult. tetiba si syafiq ni tanya.

Teacher, mana dapat baby tu..

I jawab.. kena la kawen dulu baru dapat baby

Syafiq.. dah senyum malu-malu..

Saya pelik..?????$*£@


Alkisahnya. rupanya bila balik ke bilik guru.. kakak kakak len mengkhabarkan bahawa.. budak tu.. pernah tengok tayangan biru bersama abangnya di rumah..

owh.. patot la senyum-senyum malu kat aku tadi..

Tak sangka... mungkin terlalu banyak pendedahan ni membuatkan mereka lebih advance dari kita.. sedangkan di zaman saya kecil dulu. apa pun tak tahu.. tapi sekarang budak sekolah rendah pun dah pandai..

'ADULT WANNABE'

zasss...





No comments: