Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, March 23, 2009

Bangau Oh Bangau

terkenang..

Ketika di IPSAH (Institut Perguruan Sultan Abdul Halim), Kedah selalu gak tengok bangau. di sawah-sawah padi. tapi macam jakun la. sebab saya ni tinggal di hutan batu. First time nampak bangau, masa tu dalam perjalanan ke rumah Sara. seronok ke main.

wah, banyak nye bangau



Kali kedua pulak masa dalam perjalanan ke Kuala Perlis. masih jugak melalui kawasan sawah padi. Jakun kali kedua.

wah, cantiknya bangau-bangau tu.


Huh. sakan si Shayouty gelakkan si Liza. sebab masa tu saya hanya berdiam diri. sebab da kali kedua dapat tengok bangau. tapi masih jakun gak. ahakz.

Ha.. di Semporna ni pun ada bangau tau. tapi kesian bangau di sini. bangau akan mencari makanan di kawasan berair. tapi berbeza di sini. bangau di sini akan mencari makanan mereka di tempat pembuangan sampah. memang banyak bangau di sini. adakah ekosistem bangau sudah berubah atau pun bangau memang mencari makananannya di tempat pembuangan sampah?



yang putih-putih tu la bangau nya. yang membukit di belakang tu adalah timbunan sampah.. sory beb. tak nampak bangau tu. tak berani nak snap secara dekat. ni pun da abes zoom.






2 comments:

Kumbe Male said...

Eh...Keluaran IPSAH jugak ke..batch bila?

NiK SeNsEI said...

ha ah la..kpli intake julai 2007