Klik Nih...

Followers

Nuff

Saturday, March 28, 2009

Teknik Teacher

Agak mencabar jugak mengajar budak-budak di Semporna ini. walaupun dulu pernah jugak mengajar Year 1 masa di International School di Taman Sri Ukay. teringat kembali masa di awal masuk ke kelas 1 Ibn Hazm. Dass... sebaik sahaja kaki melangkah masuk..

Teacher, I want to rub. (berlari-lari mengelilingi satu kelas)



Adeh..aku sudah pening beb.. tapi masa tu memang la. aku pun tak ada basic mengajar. tapi sekarang da agak ok sikit. sebab da ada sedikit ilmu pengetahuan di dada. eceh...

Back to Semporna...


Kelas ni sebelum rehat. tapi, punyalah susah nak suruh bebudak ni buat kerja. aku pun ugut la, sape tak buat kerja.. teacher tak bagi rehat.


Tak ada respon.. depa buat derk jer...


ELEH, TEKNIK TEACHER JE TU....



Zappp. bukan aku nak marah.. tapi aku tergelak lagi ada la. budak sekarang memang pandai menjawab. erm.. tengok la korang.. aku akan tunaikan kata-kata aku..

BELL RING..


ada yang nak keluar.. aku tak benarkan keluar. haa.. masa tu baru tahu. kelam-kabut depa nak buat kerja. tapi aku ni baik. selepas 5 minit kemudian. aku pun lepaskan mereka keluar rehat. mana la tahu ada yang lapar. karang sakit plak kan..








Friday, March 27, 2009

Aku SORONDER teacher


Macam biasa. bila ajar math ni. kena la kaitkan dengan mende yang konkrit. tapi selalunya saya guna student je sbg bahan konkrit. senang tunjuk depan mata depa. Nak explain mengenai equivalent fraction. Jadi, aku pun panggil dua orang budak lelaki ke hadapan. nak terangkan maksud equivalent tersebut. dan... mereka berdua ingatkan aku nak tanya soalan atau nak denda. (ada anak murid aku kena denda angkat tangan)...

katanya..

AKU SORONDER TEACHER



Aku dah agak da pe maksud dia...tapi aku saja je tanya balik...



APE DIA SORONDER TU?




my student says



AKU MENGAKU KALAH TEACHER





Masa tu, memang aku bantai gelak la.





ITU BUKAN SORONDER, ITU SURRENDER!!!!!






Toi..toi.. budak tu sengih kerang busuk je.






Wednesday, March 25, 2009

Batu



Basic murid aku ni memang agak lemah. so, saje je la konon-konon minta bebudak tu bawa batu. So I explain, bagaimana nak paham multiplication tu. pada mulanya sesi P&P tu ok jer. mereka pun paham bila menggunakan batu-batu tersebut. leh paham konsep. selang 30 minit kemudian.


teacher, dia baling batu pada aku.


huh. baru nak perasan sesi P&P tu best, da tukar jadi mende lain plak.


malas sudah mau citer..







Monday, March 23, 2009

Bangau Oh Bangau

terkenang..

Ketika di IPSAH (Institut Perguruan Sultan Abdul Halim), Kedah selalu gak tengok bangau. di sawah-sawah padi. tapi macam jakun la. sebab saya ni tinggal di hutan batu. First time nampak bangau, masa tu dalam perjalanan ke rumah Sara. seronok ke main.

wah, banyak nye bangau



Kali kedua pulak masa dalam perjalanan ke Kuala Perlis. masih jugak melalui kawasan sawah padi. Jakun kali kedua.

wah, cantiknya bangau-bangau tu.


Huh. sakan si Shayouty gelakkan si Liza. sebab masa tu saya hanya berdiam diri. sebab da kali kedua dapat tengok bangau. tapi masih jakun gak. ahakz.

Ha.. di Semporna ni pun ada bangau tau. tapi kesian bangau di sini. bangau akan mencari makanan di kawasan berair. tapi berbeza di sini. bangau di sini akan mencari makanan mereka di tempat pembuangan sampah. memang banyak bangau di sini. adakah ekosistem bangau sudah berubah atau pun bangau memang mencari makananannya di tempat pembuangan sampah?



yang putih-putih tu la bangau nya. yang membukit di belakang tu adalah timbunan sampah.. sory beb. tak nampak bangau tu. tak berani nak snap secara dekat. ni pun da abes zoom.






Selepas Bercuti selama seminggu..

Kali ni pergi ke airport sendiri je. tak boleh nak minta tolong si dia hantarkan sebab dia ada urusan di KB. so tak pasal-pasal bergerak sendiri naik bus dari kl sentral ke LCCT dengan harga RM8. Bas terakhir pukul 10.00 malam. tapi sebab dah sampai awal ternaik plak bas pukul 9.30 malam dan akhirnya tiba di LCCT pukul 10.30 malam.

adeh awal giler. pe aku nak buat kat sini.



Ini adalah kali pertama melepakkan diri di LCCT lebih kurang 6-7 jam sementara menunggu boarding flight pukul 7.20am. padahal perkara ni dah jadi lumrah pada geng-geng Kedah. depa biasa stay kat airport. maka dengan beria-ianya saya pun curi la 3 komik adik. konon-konon nak membaca la sambil menunggu pukul 6 pagi. tapi... erm.

berangan je lebih.

alih-alih mata ni hanya bertahan sampai pukul 3. padahal dah siap berborak ngn member sebelah. dia cekgu sekolah menengah di Sarawak. tapi memang mata ni da tak tahan beb. ngantuk sial. lagi bengang bila tengok kat depan tu. mamat omputih siap conquer 3 bangku sedap-sedap membuta. cesss.. tapi nak tido cenggitu tak boleh la. saya kan perempuan. tak senonoh pulak nanti. maka dengan baik hatinya.. hanya berani melunjurkan kaki di atas troli dan melelapkan mata.

berjaya juga tido untuk 15 minit. tapi ok. rasa cam tido berkualiti la. tetiba..


1 message received



ha...ni mesti dida da sampai. tapi dia tak nampak saya. sebab saya ni RENDAH. bila dah melunjur kaki ke bawah. dah rendahkan badan. memang tak nampak kelibat saya tu. dilindungi oleh ketulan beg yang besar. hahahahaha... patut la minah ni tak nampak aku.

next...

Nak pergi check in. terjumpa plak si Faizal (coursemate masa kat ukm). aikk.. pehal mamat ni kat sini. saya pun pi la depan dia. nak panggil kompem tak dengar. suara ayu sangat. ha.. terkejot beruk dia.

kata si Faizal..

eh, aku mimpi ke..


belah r nak mimpi-mimpi plak. rupanya hantar member aku gak. dia posting kat Sarawak. cekgu kt Sarawak kena nek flight awal. sebab nak kejar bot. karang takot terlepas bot plak. huhuhu.. baru paham. susah jugak yerk. memang jauh perjalanan mereka tu..

ok.. nak check in plak. nak masuk awal sebab nak solat subuh. kalu solat kat surau luar. memang tak dapat la. ramai gila. sampai tak de ruang nak solat. so baik ler saya g solat di surau balai berlepas.

ok.. siap sume. da gi toilet. ada bunyi hp plak..

huh.. si teh tak leh nak check in plak..'

Pehal la plak. padahal flight board lambat. lagi 5 minit before pukul 8. tapi teh tak di benarkan masuk. flight delay disebabkan..
  1. masalah enjin
  2. ada passenger bawa buah durian masuk dalam kabin.. (adalah sama sekali tidak dibenarkan)

eleh.. padahal leh je si teh masuk. cuma lewat sedikit. da la flight delay gak. walaupun hanya untuk selang 20 lebih kurang 30 minit lewat. nak kata tiada rezeki kan. erm, adalah hikmah tu. ye tak...

Sampai airport Tawau satu hal plak. leh la jadi orang terakhir kuar. gara-gara nak amek beg kat atas. nak amek beg pun tak sampai. kemudian nak cop pasport. sempat lagi duduk kejap atas kerusi sebab ramai orang. malas r nak beratur. tak ilang penat lg tunggu kat LCCT malam tadi.

ok.. da setel sume. siap da amek beg. MAKAN TIME. g makan plak dgn DIDA. da isi perut baru cari teksi ke Semporna. RM95 beb. ok. da ready nak naik teksi Semporna. tapi syok beb. dapat naik kete besar.


naik kete ni la.. tapi tak tau kete ape.. (malunya)


Perjalanan sangat best. smooth saje. cuma ada kawasan yang hujan. ada kawasan yang tidak hujan. Pergi rumah Ummi Dida. nak g amek kete myvi dida. Tepat pukul 2.30 ptg. saya dah pun tiba di rumah sewa di Semporna. kat mana?? di Taman Miramas. No. 72, rumah corner lot.

erm. ok la.. sudah ngantuk nie. k chow..


tak puas lagi bercuti


Thursday, March 19, 2009

Keturunan Minangkabau

Secara lazimnya, masyarakat di Negeri Sembilan amnya penduduk di Rembau adalah orang Minangkabau. jadi kita akan berpendapat bahawa orang Negeri Sembilan ni orang Minangkabau. tapi ayah pernah bercerita.

menurut susur galur keluarga kami. kami adalah dari keturunan Minangkabau.


Aik.. tang mana kaitan tu. Ma dan Ayah berasal dari Kelantan. dari mana plak terselit keturunan Minangkabau ni. yang tak sangka. ayah masih juga berpegang pada adat Minangkabau. Opss.. masih berpegang pada adat. erm (berfikir sejenak)

Kadang kala terasa pelik. kenapa plak keturunan Minang padahal asal Kelantan. ade gak kot tersesat.

Walau ape pun keturunan. Kita tetap sama. kita juga makhluk tuhan. kita juga sama-sama berpijak di atas bumi. kita juga melakukan perkara yang sama; makan, minum, berjalan, berlari dan sebagainya..

Apa ada pada keturunan?


Sangat beruntunglah mereka dari keturunan yang baik-baik. dan sangat malang bagi mereka dari keturunan sebaliknya. Hakikatnya tidak. lagu Raihan pun ada.

Iman tak dapat diwarisi


Sama juga manusia. Personaliti individu tidak semestinya bergantung pada ketinggian darjat sesuatu keturunan tersebut. yang penting budi luhurnya..












Monday, March 16, 2009

Heppy Besday Erra

Petang itu, ma dan Ayah ajak ke rumah Kak Pah(sepupu saya) nak celebrate besday Erra (anak bongsu Kak Pah). Family Kak Pah ada la buat jamuan sikit sempena hari kelahiran era yang ke-8. hahaha.. budak lagi..

Sampai-sampai je kt rumah dia, Damansara Jaya... ada satu perkara yang menarik perhatian. kek yang dihiasi dengan barbie doll. wow! cute. macam nak curi jerk kek tu.


Walau ape pun..

Happy Bitrhday Erra!

p/s: Bila plak yer tarikh lahir saya nak tiba.. nak jugak kek cantik-cantik..

Sunday, March 15, 2009

Madu Oh Madu

LANJUTAN DARI JALAN DI KUNDASANG

Cuti Raya Cina hujung Januari yang lalu. aku beli 3 botol madu di pasar Kundasang. peniaga tu cakap itu madu asli. diambil dari lebah hutan. bukan yang pelihara punya ye. derang bagi try. ok, aku pun cuba dengan ala confidentnya. erm.. ok la madu ni.

maka dengan bangga nak beli 3 botol.
  1. untuk diri sendiri
  2. untuk mak ayah
  3. untuk sesape la..
da sampai LCCT. so dengan bangga nak menghulurkan madu itu pada mereka-mereka yang disebutkan di atas. petang sabtu.. I got a call..


sayang, tu bukan madu betol..
da campur dengan air..
sayang kena tipu..
da bagi ayah try ke madu tu?



huh..bukan madu betol ke..tapi campuran madu beb..adeh..maka dengan seberapa segera yang boleh. cepat-cepat la aku bagi ayah rasa. hasilnya.. memang itu madu pirate. madu dicampurkan dengan air.

patot la harga sebotol madu tu murah. aku beli lebih kurang RM12/botol. biasanya madu asli ni mahal harganya. if botol sebesar botol dalam gambar tu, maknanya harga lebih kurang RM100. tu la.. buta pengetahuan mengenai madu. kena tipu idup-idup pun tak tahu lagi.

so, next time kena hati-hati ea. jangan la mudah sangat terpedaya dgn mulut manis penjual di pasar kundasang tu, sebab aku dah terkena.


kuang_kuang_kuang





Saturday, March 14, 2009

Saya balik semenanjung...

Flight saya petang ni.. pukul 6.10pm.

dan dijangka akan tiba di LCCT pada pukul 9.00 pm.

windunya nak balikkk....

Friday, March 13, 2009

Interview..


Hari Interview sudah tiba..

tapi sempat plak snap before masuk interview tu..

lepas ni turn I tau...

APAKAH SOALANNYA?

  1. Ceritakan Sejarah Hidup Kamu?
  2. Apakah Subjek yang kamu ajar?
  3. Berikan Tajuk Matematik bagi Tahun 4 & 6?
  4. Apakah Teknik Pengajaran anda di dalam kelas?
  5. Apakah kesan pada murid yang belajar mengikut kaedah berkumpulan?
  6. Ceritakan Tajuk apakah yang boleh menggunakan teknik berpusatkan guru (teacher centred)..
  7. Apakah KBSR?
  8. Apakah perkembangan isu semasa yang kamu tahu?

sesi temuduga lebih kurang 30 minit. banyak juga la kena membebel dan goreng ape yg patot.

lepas ni tunggu result je la...




Thursday, March 12, 2009

Hujan..


Pagi ni hujan turun lebat sangat. disebabkan hujan.. Pengairan di tandas murid mengalami masalah. dan ia menghasilkann..

Hujan + Tandas = Aromateraphy


Pagi ni masuk kelas 6 Jujur. Kelas ni memang berada sebaris dengan toilet cuma kelas 6 Jujur di tingkat satu. Toilet di tingkat bawah. tapi harumannya memang memikat. murid-murid sume pakat dok tutup hidung.

Kesian I tengok..

Tetiba ada pandangan yang pelik..

eh, apesal letak kertas di hidung. (dalam hati)

teacher, bau busuk la. aku ndak tahan.

erm... ape-ape je la..asalkan korang bahagia.. (monolog)


-END OF STORY-


Tuesday, March 10, 2009

Waiting..

mengantuknya..

baru jer dapat tahu dari Liza.. bahawasanya IPSAH konvo pukul 2ptg. Ceh.. si liza nak berlagak.. sajer je wat kan saya ni geram tak balik konvo. konon-konon..

nik, kitorang nak bergambar ramai-ramai.. tapi sayang.. ko sorang je tak de.


saje la tu.. nak wat aku geram.. cess.. minah songeh ni.

tapi perkara sebenarnya..

rasa nak sangat balik semenanjung. lagi 3 hari je ni. nak balik rehatkan minda jap. banyak sangat kerja lately ni. ni pun baru jer siapkan 75% borang sijil berhenti sekolah untuk tahun 6. belum siap sepenuhnya. tapi ok la.. ada la nampak hasil ckit..

ceh.. puji diri sendiri plak..


tak sabar nak balik semenanjung..

tapi cuak.. sebab interview..

waaaaaaa..... t____t








Monday, March 9, 2009

Tarian Mabuk..




ini sebahagian dari persembahan tarian di sekolah. ini lagu bahasa bajau tau.. saya ada tanya dengan kakak mengenai tarian tersebut..

KATANYA...


Tarian Mabuk


haa..bukan mabuk arak. kan banyak jenis mabuk ada. mabuk bercinta. mabuk loya-loya kat atas bot. mabuk pregnant.

Jarang sekali berkesempatan tengok persembahan tarian ini. maklum ler. bila ada event di sekolah. sibuk plak buat mende lain. ada je keje yg menghalang mata ini melihat apa-apa persembahan.. ok.. layan..



Selamat Hari Wanita



Sambil-sambil mark paper..

tengok tv bagi hilang rasa bosan.. setiap kelas 40 murid. adeh.. memang bosan nak siapkan 40 set. da la ada dua versi, objektif ngan subjektif. bila mark.. tengok balik. alahai.. banyak lagi beb..

tetiba. ada wish la kat astro..

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Di kesempatan ini nak wish pada semua wanita di dunia ini..
Heppy International Women's Day


Owh.. terfikir pulak dalam rumah ni pun ada :
  1. 3 wanita
  2. 3 mug
  3. 3 baldi
  4. 3 bilik
  5. 3 pasang subang mutiara
  6. 3 whiteboard gulung
  7. 3 kotak air soya
  8. 3 cekgu-cekgi
  9. 3 cekgu dari 3 sekolah berbeza
  10. 3 cekgu cute yang berkaca mata
  11. dilahirkan pada 3 tahun berbeza
dan.. yang terakhir sekali..

ada 3 gambar dilekat pada dinding..


hasil nukilan: Cikgu Syadida








Sunday, March 8, 2009

Temuduga

Alhamdulillah..kawan-kawan di IPSAH dan maktab lain mungkin da sampai ke tanahair memasing. tapi....

Saya di sini...

dan saya tetap di sini...

KERANA..

saya ada intebiu...argh..gara-gara tarikh konvo ditunda.. I tak dapat pergi konvo. byk kerugian bila tak pergi konvo..
  1. tak dpt jupe kengkawan
  2. tak dapat melepaskan rindu pada...
  3. tak dapat cuti lama
  4. tak dapat amek sijil (da la jauh... 4 jam kena panas bontot nak g utara tu.)
    kena amek kt maktab
  5. tiket flight burnt..
  6. kerugian duit

Agak terkilan. apa sebab yang boleh menyebabkan mereka menukar tarikhb konvo. da banyak menyusahkan banyak pihak. lagi-lagi kami di Semporna. mereka yang tidak terkena tu tak pe la... elok pula bila ditangguh, tarikh konvo sama dengan tarikh interview kami di Semporna.. tak ke haru biru.. mungkin ada hikmahnya. tapi malas nak fikir panjang.

dengar-dengar khabar angin ada kengkawan yg mintak tangguh. tapi kenapa?? kalu nak mintak tangguh.. pe kata mintak pendapat org lain dulu. tak la kami book tiket awal-awal. ni tak.. hanya untuk kepentingan dan kesenangan pihak tertentu. kot iye pun.. bgtau la kt sume yang nak g konvo yang ampa semua mau mintak tangguh. jadi kami tak payah la beli tiket awal-awal. kan tak pasal-pasal dah menyusahkan mereka yang lain.

konon lagi satu..

boleh mintak kerugian kt BPG. Fine.. tapi belum pasti dapat. biasa nya urusan claim ni bukan senang nak dapat. kadang-kadang usaha nak dapat sejumlah wang itu lebih banyak nilainya dari jumlah yang akan kita dapat (hasil kerugian tersebut. Sudah la.. cakap memang senang. hanya melepaskan untuk pihak tertentu dan membiarkan pihak lain tersepit.

ERM.. BAGUS LA BEGITUU YER..lepaskan diri sendiri dulu, orang lain.. lantak ko la..

malas nak cerita panjang lagi..

buat rasa sedey saje..

saya interview..
Tarikh : 12 March 2009
Masa : 8.00 am
Tempat: PPD Semporna

Bayangkan.. balik konvo pun tak sempat nak patah balik kejar interview. alih-alih saya pilih interview la... maktab saya konvo pukul 1pm. ada kemungkinan saya tak sempat kejar flight. kerana flight terakhir kami pukul 5.30 ptg sahaja.huhuhu..

I misz all my fwenz (kpli ipsah).. nak jumpa.. tapi apakan daya aku ini..




Friday, March 6, 2009

Dipeluk

Macam-macam perkara berlaku pagi khamis ni.. tetiba ada sorang parent datang.

Cikgu, aku da tampar budak lelaki yang memeluk perawanku (anak dara).

opss...

saya tahu sape budak itu...


beberapa hari yg lalu.. budak yang sama. telah dihukum oleh PK KOKURIKULUM.. gara-gara memeluk girl ini. jadi takkan saya nka wat tindakan lagi. sebab budak itu sudah duhukum. kesian plak kaan..

ape da gatal sangat ke budak tu. tak baligh lagi tu. tapi dah pandai nak peluk-peluk anak dara orang. saya ni risau jugak. da la saya guru kelas.. ish menambahkan lagi serabut kat kepala nie. bila di sekolah, memang tak menang tangan. tak sempat nak bbuat ape. nak mengajar la.. nak uruskan kelas lah.. mende-mende lain la.. ish.. budak-budak plak buat peel tak tentu pasal..

Akhirnya...

Apa tindakan saya..sebab ini da masuk kali ketiga budak laki ini peluk budak perempuan yang sama.

  1. beri nama pada guru disiplin
  2. beri nama pada guru kaunseling

fuh.. setel..

dasat jugak bebudak sekarang ni. 'adult wannabe'. masih budak tapi nak berkelakuan orang dewasa.

teringat masa tahun 2007.
semasa mengajar di International School dulu. rata-rata di situ murid ramai juga melayu. walaupun ramai foreigner. saya ajar mereka science & math. di sini guna silibus Singapore. masa subjek science (topik tak ingat la).. mengenai metamorphosis. ada la pasal human ni.. so saya pun explain dari manusia yang berkahwin akan dapat baby, toddler, teenager, adult. tetiba si syafiq ni tanya.

Teacher, mana dapat baby tu..

I jawab.. kena la kawen dulu baru dapat baby

Syafiq.. dah senyum malu-malu..

Saya pelik..?????$*£@


Alkisahnya. rupanya bila balik ke bilik guru.. kakak kakak len mengkhabarkan bahawa.. budak tu.. pernah tengok tayangan biru bersama abangnya di rumah..

owh.. patot la senyum-senyum malu kat aku tadi..

Tak sangka... mungkin terlalu banyak pendedahan ni membuatkan mereka lebih advance dari kita.. sedangkan di zaman saya kecil dulu. apa pun tak tahu.. tapi sekarang budak sekolah rendah pun dah pandai..

'ADULT WANNABE'

zasss...





Thursday, March 5, 2009

Kelapa...

Berdekatan dengan sekolah saya ini ada pasar mini. tapi yang dijual hanya lah sayur-sayuran sahaja. ada jugak makanan siap. tapi tak berani nak beli. sebab tak biasa. selalunya makanan di sini agak kurang menepati selera orang semenanjung. hanya restoran terpilih sahaja yang berani saya dan kawan-kawan kunjungi. itupun seminggu sekali je keluar makan.. yang lain masak sendiri sajaa.

tapi...

ada satu kegemaran saya...

AIR KELAPA...

murah jer air kelapa di sini. original lagi beb. tiada campuran tau.. kalu yang bungkus tu cam biasa la seringgit satu. tapi kalu beli sebiji kelapa lagi murh.. hanya RM1.50 ajer.. bestnyer.. bila time puasa la syok.. dapat minum air kelapa asli. balik semenanjung, jangan harapla air kelapa asli.. hanya 10% je air kelapa.. yang len hanya air dan gula sebagai penyedap rasa. iye tak...

kadang-kadang bila teringin, sempat juga la sebelum balik g beli air kelapa jap atau nama saintifiknya Cocos nucifera..

haa.. tergeliat lidah nak menyebutnya kan...