Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, February 3, 2009

Mun Sotong


Hari ni ada Function Memperkasakan Sekolah Kebangsaan di Seafest Hotel sempena lawatan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YB Dato Hj Alimuddin Bin Hj Mohd Dom ke Semporna. Macam biasa. Sekolah saya juga terlibat dalam Majlis tersebut. Makanya, awal pukul 7 saya kena pergi seafest untuk mengendalikan pengedaran buku atur cara kepada mereka yang hadir..

Di Hotel Seafest, sempat plak bertemu dgn rumet. Sebab beliau pun terlibat dengan majlis tersebut.

Setelah berjaya menyiapkan tugas kami.. erm. apa lagi. 'makan time.' di sini ada satu restoran bernama Seafest Cafe. Jadi kami pun mahu mengalas perut di sana. First time saya makan di sini. dan rupanya di sini ada set breakfast antaranya 'Mun Sotong'.

Kena try ni. Lagipun di Semporna, hanya restoran ini sahaja ada menu Mun Sotong. Rasanya.. erm. agak manis juga. dan antara maklumat yang diberitahu oleh Cikgu Hjh Mariam, sotong ini sotong kurita dan di masak selama 12 jam. (eh.. lamanya!). nak rasa. meh le datang semporna.

No comments: