Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, February 10, 2009

Aik!!..

Dah 10.50am.. sudah selesai masa di kelas 6 Jujur. Jadi saya pun bergerak dengan lajunya ke kelas saya sendiri. mana la tau. tiada guru di kelas. nak jenguk sekejap. alih-alih.. ada 2 orang murid duduk di tangga memeluk beg masing-masing.

niksensei: kenapa kamu di sini?
murid: aku dihalau ustaz keluar dari kelas..


Opss.. flashback..

9 februari 2009- sedang seronok mengajar division.. ada seorang murid ni bercakap. saya tersentap..
amboi.. suka-suka nak borak. nanti bila disuruh buat latihan, tak paham. padahal dah berkali-kali pesan.. 'FOCUS'. apa lagi.. hangin la.. terus marah-marah budak lelaki ini. sampai boy ini menangis.
Dalam hati (jahatnya aku ni..) tapi saya buat-buat macho la. padahal hati ni dah cair tengok dia menangis.


Murid yang dimarahi itu adalah murid yang sama dihalau oleh ustaz. jadi moral of the story. memang murid ni nakal.. tapi...

ada sedikit perubahan sejak beliau dimarahi. Kerja rumah yang diberi sentiasa disiapkan. dan yang paling saya suka.. murid dah pandai bertanya. bukan mudah jadi pendidik. kena banyak bersabar. lagi-lagi bila murid tak paham. kena ulang la berkali-kali sampai dapat...

itu la.. sape cakap jadi cekgu ni senang...





No comments: