Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, January 28, 2009

Merentasi Canopy Walk & Mandi Air Panas di Poring Hot Spring

Selepas menikmati kesejukan di Kundasang, kami (saya dan kawan-kawan la) menuju pula ke Poring Hot Spring di Ranau, Sabah. ia terletak sejauh 40 kilometer atau pun 25 Batu dari Kinabalu Park. Apakah maksud Poring?? Poring bermaksud Buluh bagi bahasa suku kaum Kadazan. sebelum masuk ke Poring Hot Spring ada bayarannya juga.
Fees Poring Hot Spring : RM3/pax
Fees of Canopy Walk : RM5/pax - RM5/camera
Sebelum acara berendam di air panas, kami pergi merentasi Canopy Walk yg merupakan antara yang terpanjang di Asia Tenggara la. Tapi kan..sebelum menuju ke jambatan gantung ni. Kita kena memanjat gunung dari kolam mandi air panas ke Canopy Walk setinggi 550m. Alhamdulillah, setakat ini perjalanan ok, walaupun ada member saya yg da pancit sekejap. tapi ada juga yg sempat bergayut telefon. Konfius I.. orang lain penat. dia sempat nak answer call.


Ini antara sebahagian pemandangan di Canopy walk ini. boleh nampak air terjun. Gunung dan bukit. ada juga kanak-kanak yang berani merentasi jambatan gantung ini. berani kann..kalu saya mungkin saya xsanggup nak jalan di situ.


Di Jambatan Gantung ini, ada sejenis pokok besar sangat yang juga dikenali Raja Kayu (The King of Tree). ia juga dikenali sebagai pokok tualang dan nama Family nya Fabaceae dan nama saintifiknya ialah koompasia excelsa. It is the tallest, strongest and sturdiest tree. sampai nak peluk pokok ni pun tak sampai.


Selepas menikmati pemandangan yang indah di atas JAMBATAN GANTUNG. kami pun menuju ke kolam air panas. terserempak pula dengan classmate KPLI-SR JULY 2007. - MATEMATIK IPSAH. Ish.. xde muka lain ke yg saya nak jumpa ni. berjejak kasih pula di sini. I seorang sahaja dari my classmate yg dicampak ke Semporna. Mereka semua posting di KK. tapi sempat juga kami semua bergambar kenangan. hehe.

dan..tiba lah masanya untuk berendam di air panas. tapi malang nya... ramai sangat orang. saya tak dapat mandi juga. hanya merasa air yang takungan panasnya sangat sedikit sebab alat penyumbat dah rosak. akhirnya, saya hanya mandi di shower room sahaja di Poring Hot Spring. hampeh..













2 comments:

shafian said...

Penat naik Hot Spring Canopy ngan Gua Kelawar kat sana.. Tinggi sangat nak memanjatnya sampai atas.. :-)

NiK SeNsEI said...

betoi2...xsangka kan..memang mencabar