Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, January 28, 2009

Kundasang...Saya dah sampai

Di awal pagi lebih kurang pukul 11am (tapi di Sabah sudah menjelang tengah hari). Geng-geng dari IPSAH intake July-2007 seramai 4 orang datang menjemput I di apartmen Beverly Hills Penampang dengan kereta Kelisa Cik Rozalina BJB _ _ _ _ yang comel itu. dari Penampang, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Alhamdulillah, berjaya juga sampai di Kundasang. maka dengan lajunya, kami bergegas check in di Rose Cabin kerana badan sudah letih. harganya RM189/night dengan satu katil queen, 2 katil supersingle dan satu katil double decker..

tiba di Kundasang pun da agak lewat. tapi sempat juga kami singgah di kedai menjual cenderamata di Kundasang.



Berbagai barangan yang dijual. tapi yg hanya menarik minat saya ialah alat muzik tradisional..
cuma saya tak tahu apa nama alat muzik tersebut..jadi I letakkan gambar saja di situ sahaja.


Selain dari itu...ada juga padi bukit dijual. member I cakap..padi bukit ni tak sedap bila dimakan.
erm.. I no komen. sebab xpernah merasa lagi nasi dari padi bukit nie.. tapi sempat juga snap gambar.. hehehe.


Selepas ala-ala window shopping di sana..kami pun meneruskan perjalanan ke Rose Cabin. Setibanya di sana.. haa.. keropok snek lazat POTATO CHIPS da menjadi padat bagaikan belon mahu meletup. Mungkin ada perbezaan tekanan di atas bukit menyebabkan berlaku keadaan sedemikian. Cuba la try.. pastikan sebelum pergi ke Kundasang beli la any junk food dan tengok hasilnya di atas gunung itu..


Apa yang kami lakukan di Kundasang..antaranya pergi ke pasar kundasang. ada juga pelbagai tanaman dan makanan yang menarik. ada juga buah yang tak pernah saya lihat iaitu buah tarap.
dan tanaman pokok cili di mana cilinya berbentuk jantung dan ada yang berwarna kuning..

ini la buah tarap. buah yang hanya ada di Sabah sahaja. Buah ni macam kembar buah nangka dan buah cempedak. tapi isinya agak kecil berbanding isi buah cempedak. Rasanya masam manis. so pada sesapa yang akan berjalan di Kundasang patot cuba buah ini..


Ini pula pemandangan puncak gunung kinabalu dari Kundasang. Cantik kan. saya harap saya akan sampai ke puncak Kinabalu..rezeki saya agak baik. walaupun masa di Kundasang asyik hujan. tapi di awal pagi, saya masih berkesempatan melihat puncak gunung Kinabalu.. Puncak tertinggi di Asia Tenggara..


ni pula, my best buddy. Cik lizawati....belakang tu kabus di Kundasang..dulu pun kami selalu gamble jalan berdua..haha..masih ku teringat kenangan itu bah..


dan sempat juga kami mengisi minyak di Stesen Minyak Shell di Kundasang ni. macam stesen minyak dulu-dulu la... jadi jgn risau bila anda kehabisan minyak di bukit..



Di sini kami hanya mengisi perut di satu restoran sahaja iaitu INTAN'S RESTORAN AND CAFE.
harganya pun boleh tahan. tapi di sana, saya suka makan sup. Restoran ini berhadapan dengan Pasar Kundasang. tapi ada cerita di sebaliknya...

You all nampak tak perkataan 'BALAK' itu.. Macam konfius jer. takkan ada balak dalam kotak sekecil itu..


Jadi saya buat la pemerhatian apa isi dalam kotak itu...ha.. PENCUNGKIL GIGI. Rupanya mereka di sini menyebut BALAK itu ialah PENCUNGKIL GIGI. masalah bahasa betul ni.


susah juga kalu tak paham bahasa sabah kan.. nanti sambung lagi kisah merentas Canopy Walk di Poring Hot Spring dan mandi air panas..serta...





No comments: