Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, January 30, 2009

26 Januari- Pulau Manukan


Hari terakhir di KK, iaitu hari ketiga..program kami kali ini ke Pulau Manukan. Seeloknya bila ke pulau ini kena bergerak awal pagi. sebab biasanya bot ke Pulau Manukan bergerak pukul 8.30 pagi dan kami akan diambil pada pukul 2 ptg utk balik ke Tanah besar.
Tambang bot (Return): RM17
Yuran Jeti di KK: RM3
Yuran di Pulau Manukan: RM3
Sebelum nak naik bot. sempat juga la kami berposing di jeti Kota Kinabalu ni.

Perjalanan di dalam bot tidak lama. Lebih kurang dalam 15 minit sahaja. Akhirnya sampai juga kami di jeti Pulau Manukan. dah bersedia dgn life jacket dan gogle masing2. tak sabar nak terjun la tu.

to Lim Lee Fong: Ruginya you tak dapat join. tapi celebrate chinese new year lg penting kan. nanti I akan datang kk lagi cari Lim Lee Fong.




Agak menarik juga ikan-ikan di sini. Ada juga ikan-ikan yang saya tak jumpa di Mabul-Kapalai. dan yang pasti menyeronokkan. Dapat juga saya lihat ikan bernama Nemo tu. Wow! Cantik betul. Sedar-sedar da snorkel jauh ke tengah. Aduh...jenuh juga la nak berkuak patah balik ke pantai. berenang tak pandai. jadi main hentam la kuak lentang ke kupu-kupu ke.. asalkan bergerak dan dapat sampai ke pantai.

da puas bermain sampai la tepat pukul dua. ok..time's up. kena balik sudah.

hatiku mendongkol lagi- I tak nak balik Semporna. Banyak Kerja I tertunggak ni.
plz help me... waaaaa... waaaa..

Thanks to my frenz..especially Lizawati sbb da merancang percutian yang padat dan menarik. sampaikan I tak sempat nak shopping di KK. Maybe next time aje la... KK- i''ll coming again.



No comments: