Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, January 29, 2009

25 Jan 2009-Melawat Tapak Bunga Rafflesia @ Bunga Pakma

Semasa perjalanan pulang dari Ranau. Kami (My friend and I) ada terlihat signboard Rafflesia Bloom. Susah ni nak lihat secara live bunga terbesar di dunia berkembang. Rafflesia ialah sejenis tumbuhan yang tidak mempunyai akar dan batang. dan bunga terbesar ini amat sukar untuk dilihat kerana ia hanya berkembang selama 7 hari dan akan berkembang balik selepas 9 bulan kemudian. dengan bayaran RM10 untuk melihat bunga pakma yang spesel tu. kami pun dgn terujanya bergerak ke tapak bunga pakma tersebut. dapat juga saya melihat bunga pakma dengan mata saya sendiri.


yang di sebelah kanan itu adalah bunga pakma yang sudah rosak. dalam kawasan tengah itu, ada saya ternampak seekor lalat hinggap di tengah bunga pakma. memang tidak di nafikan bahawa bunga ini bolen mengeluarkan bau yang busuk dan menarik hidupan lain.


Tempat bunga pakma berkembang ini di jaga dengan baik bagi mengelakkan diambil oleh manusia. ini disebabkan bunga ini mempunyai pelbagai khasiat. diambil dari http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/zinatul.htm :

Bunga Rafflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia.Ianya hanya terdapat di kawasan Asia Tenggara. Bunga pakma spesies Rafflesia hasselti boleh didapati di Semenenjung Malaysia, terutamanya dalam hutan bukit di Perak dan Pahang, misalnya daerah Kampar, Tapah, Bukit Cameron, Temenggor, Lenggong dan Grik. Satu spesies bunga pakma di Indonesia ialah Refflesia patma. Di Sabah dan Sarawak terdapat beberapa spesies seperti Refflesia princei dan Rafflesia tuan-muda. Rafflesia manillana pula ialah spesies bunga pakma negara Filipina.


Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis. Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang melayu dan orang Asli untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin supaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan untuk awet muda. Bunga pakma juga digunakan sebagai ubat perancang, buasir dan untuk serikan muka wanita.


Di Jawa, anak dara minum teh bunga pakma untuk cantikkan bentuk perut. Selepas bersalin, minuman bunga pakma adalah untuk mambersihkan rahim dan kecantikan perut. Air bunga pakma juga diminum selepas haid dan sebagai perangsang untuk wanita.




No comments: