Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, October 14, 2008

14 October 1984

tara...hari ni besday saya.. seronok jugak sebab dapat wish spesel dr ehem2.. xleh diumumkan lagi sape dia...

nak cari budak kecil yang nangis 23 tahun lepas.

saya terpinga-pinga. budak mana?.. owh rupanya saya yang dimaksudkan. hehe. tersipu-sipu sendiri..

pagi esoknya, dapat la wish from some of my friends, dua pupu n sape2 lagi.. time aceh.. i lap u ols.

pagi tu g sekolah plak.. lebih kurang pukul 11, ada seorang murid panggil saya ke bilik ict. owh rupanya ada kejutan buat saya. saya terharu sangat-sangat. tak pernah lagi di beri kejutan ini. saya ni selalu menyusahkan mereka. ni la depa ni. si azmi ngn fauzi.. xie xie ni..











dapat kek yang comel gitu. abes la rosak peti kebal tue.. kek ni disediakan di atas peti besi di
bilik ict sekolah. kesian peti kebal ni jadi mangsa tulisan tangan. sampai nak bersihkan pun masih ada lagi kesan marker pen tu. argh, gasak la... huhu.

k thanks to u ols for the wish. ptg ni nk mkn kfc ngn housemate. bye..


Monday, October 13, 2008

Island Vacation

11 October 2008

weekend ni saya & cikgu-cikgu semenanjung yang mengajar di sekitar Semporna bercuti di Pulau Mabul. Trip kami ni 2 hari 1 malam. Erm best jugak ni memenuhkan masa hujung minggu supaya makin cepat hri berlalu & saya dapat balik semenanjung. hehehe..

Pulau Mabul mempunyai seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah. (http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=MabulIsland). sebaik sahaja sampai di rest house Pulau Mabul..sudah nampak anak-anak si Bajau Laut sedang bermandi-manda di bawah rumah.. rest house saya pun di atas laut. pandang ke bawah & ke hadapan nampak la laut nan biru luas terbentang semesta alam. bestnye. saya memang suka tengok laut.











Tepat pukul 11 kami bergerak ke kapalai. di sana kami pergi snorkeling di laut lepas. Subhanallah..memang cantik ciptaan Allah. hialang semua tensen di dunia pabila aku melihat ikan-ikan di laut itu. ada sejenis ikan mulutnya macam ikan todak. tapi aku xtahu nama ape. yang pasti ikan aku xpernah nampak lagi ikan jenis ini sepanjang aku snorkel di Pulau Perhentian, Redang & Pulau Payar. Memang benar kata ustaz azmi, banyak spesies ikan, udang, ketam & hidupan laut yang sama sekali tidak ditemui di pulau di Semenanjung. tapi cam lion fish memang dah biasa jumpa. cuma di sini senang sangat nak jumpa star fish. asal ajer dok atas bot. mesti nampak berlambak-lambak star fish di laut. dan satu impian saya, saya ingin lihat secara live. iaitu frog fish. tapi susah nak tengok ikan ni. sekurang-kurangnya kena menyelam sejauh 17 km ke dalam laut.


Aktiviti yg ke2 ialah aktiviti snorkeling tepat pukul 2 ptg di mana tah. tapi aku xdapat pergi. aku telah ditinggalkan. tapi xpela. petang plak, aku, kak ayu & ustaz-ustaz yg lain berjalan di sekitar Pulau Mabul. Kami melawat SK Mabul. melawat kampung di Pulau Mabul. tapi sesuatu yang menarik perhatian aku sepanjang aku ke melewati perkampungan di Mabul ini. tak semua rumah di atas laut. ada juga perkampungan di pesisir pantai. ape ye yang menarik perhatian aku ni. cara packaging barang di kedai runcit di Mabul. Bahan-bahan asas seperti minyak masak, gula, cuka dan kicap dibungkus di dalam plastik ais krim.














barang-barang asas yang dibungkus dalam plastik aiskrim

niksensei : makcik, berapa harga sebungkus gula ini?
makcik : 50 sen
bila di semenanjung, mana ada kita jumpa cara bungkusan sebegini kan. biasa la di tempat orang. lain budaya nya, lain cara hidupnya. jadi kita la yang kena pandai sesuaikan diri di tempat orang. aku suka betul peribahasa ini..

masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum

ok jom kita melawat SK Mabul. Sekolah ni de tepi pantai Pulau Mabul. Bukan di tengah-tengah Pulau Mabul. Cantik sekolah ni, sampaikan pentasnya pun di taja oleh Borneo Divers.


pasir di sekolah ni pasir pantai. di hadapan SK Mabul pula boleh nampak laut. agaknya guru-guru di sini mesti muka nya sun burn kan. aku ni baru 2 hari melawat pulau, muka da hangus terbakar bak udang terbakar. hehe..


12 October 2008

Pulau Si Amil
hari ke-2, pukul 7 kami bergerak ke pulau si amil. sementara tu mereka yang nak dive pergi dive di sekitar pulau si amil. kami ni hanya snorkel di tepi pantai je la. nak dive tiada lesen. nak turun menyelam. ibu tak bagi. jadi hanya berlegar-legar di pantai si amil saja. datang ke pantai ni kena lapor diri pada tentera. nasib baik da standby name list. aku da risau. sebab tak bawa ic kan.

Pulau Si Amil ni lebih besar dari Pulau Sibuun. Tapi dari Pulau Si Amil kita boleh melihat Pulau Denawan. Sekolah di Pulau Denawan adalah sekolah yang paling jauh di Semporna.

Pulau Si Amil


depan tu Pulau Denawan..pandangan dari Pulau Si Amil

aktiviti di sini macam biasa la, snorkel, mengapung diri di laut, berendam & jalan-jalan di tepi pantai. ada la terjumpa star fish di sini. tapi star fish jenis ini memang senang dijumpai. masa di Pulau Sibuun pun jumpa star fish yang sama jugak.











di Si Amil ni aku tidak pergi snorkel jauh. air di sini cetek. bahaya sebab aku ni suka mendarat kaki bila snorkel di air yg cetek. biasanya ada landak laut di tempat yg ada coral, so kalau terkena landak laut tu. bisa jugak. jadi aku pun malas nak snorkel jauh-jauh..bila bosan snorkel aku pun merentasi pantai & terjumpa baby star fish. ingat kan bangkai tapak sulaiman sebab saiz kecil. tapi bila aku letak atas batu, aku nampak ada pergerakan. rupanya this is a living things..
then, dalam pukul 11, kami pun dijemput untuk pulang ke rest house & berehat. dalam pukul 2 kami akan pulang dan singgah sebentar di Pulau Gusungan a.k.a Vios. (yang iklan jin 2, yg org itu mintak vios tapi dapat pulau).


Pulau Gusungan (Vios)
Pulau ni lebih kecil dari Pulau sibuun. tapi ada perkampungan di sini. Rumah pun daif je aku tengok. budak-budak pun berjalan berkaki ayam. laut tu macam dunia mereka. da keliling mereka laut kan..cantik juga pantai di sini.

Pulau Gusungan










Perkampungan di Pulau Gusungan

Ada perkampungan di Pulau Gusungan ni. tapi hanya ada beberapa buah rumah sahaja di sini. kesian aku tengok rumah mereka yang daif. tapi siap ada model dok pakai bedak sejuk di rumah itu...



dalam sibuk-sibuk nak naik bot balik ke Tanah Besar Semporna, tetiba kami ternampak ada orang pulau main dengan penyu. sempat lagi la kami bergambar. tapi ada diver di bot kami ambil penyu tu & bawa ke bot kami. tujuan diver tu supaya melepaskan si turtle ni ke tengah laut. Bagus la.. ada juga mereka yang mencintai & menghargai alam ciptaan tuhan..

So destinasi aku seterusnya aku mahu ke pulau mataking. tapi tengok la sekiranya impian tercapai atau tidak.. hehehehe.




Friday, October 10, 2008

tulus...

bak kata bekas pensyarah maktab, Miss Haiyon. hati kanak-kanak ini adalah tulus & mulus.
semasa mengajar subjek sivik di kelas 5 Pintar. ada seorang pelajar tidak menulis. tapi apa yg saya lakukan... saya terus marah dia murid A ini.

Niksensei : Kenapa kamu tidak menyalin?

tapi, bukan budak A ini yang menjawab. sebaliknya rakannya, murid B di sebelah yang berkata.

murid B : cikgu, tangan dia luka.
Niksensei : hah.. boleh cikgu tengok?
murid A : menunjukkan lengannya.
Niksensei : macammana boleh luka ni?
murid A : tanganku terkena minyak panas semasa ibuku menggoreng kentang



erm.. salah aku juga. kenapa saya tidak menyiasat terlebih dahulu sebelum marah-marah pada kanak-kanak ini. itu la. kadang-kadang saya tidak prihatin terhadap kebajikan mereka. ada juga saya berbual-bual bersama seorang guru lain. beliau juga ada menceritakan pengalaman beliau sendiri.

Kisah Pertama:
'Sesiapa yang tidak tutup mulut cikgu pukul'.. tapi ada seorang murid dalam kelas tersebut bergigi jongang. masakan si budak ini boleh menutup mulut dengan sepenuhnnya.

Kisah Kedua:
murid ini kerap dimarahi gurunya kerana dia asyik memandang ke luar jendela. tapi acapkali murid ini menidakkan apa yang dikatakan oleh gurunya itu. bersungguh-sungguh murid ini mengatakan bahawa dia mengikuti pelajaran guru tersebut. rupanya murid ini bermata juling.

erm. apa-apapun kita perlu siasat dahulu sebelum bertindak. setiap hari memberikan suatu pengalaman yang tidak ternilai. dan setiap pengalaman itu mendewasakan kita dalam menghadapi hari-hari mendatang.





Thursday, October 9, 2008

Pulau Semporna

Pagi tadi pergi ke Pusat Kegiatan Guru, PKG Semporna. kononnya nak mencari bahan-bahan cd untuk alat bantu mengajar. dan sempat la juga saya melihat sejarah asal-usul nama Semporna ni. Pada tahun 1948, nama asal Semporna ialah Tongtalun. ada sumber dari internet menyatakan di Semporna ada tidak kurang dari 22 jenis SUKU BAJAU. ada Bajau Semporna, Bajau Darat, Bajau Laut dan juga Suluk.. dan makanan sumber utama penduduk Semporna ni ialah Hidupan Marin Intertidal..

Kampung di Tongtalun, 1948

Pekan Tongtalun, 1948

Semporna ni pun adalah sebuah pulau sebenarnya. ia dihubungkan Jambatan Tawau-Semporna di Kalumpang, Semporna. Jadi xpayah la nak naik bot lagi ke Pulau Semporna ni. sebab dah ada jambatan kan.

ok, sekarang nak bercerita pula Semporna pada tahun 2008. da kira ok la. cuma Semporna ni Pekan Kecil tapi banyak sekolah. yang di Pulau Bum-Bum pun banyak sekolah. di Semporna ni banyak pulau kecil. so ada la juga certain pulau yang ada sekolah. sebab tu la ada pendidik di Semporna ni pergi ke sekolah naik bot.

ok. kita tukar topik plak.. baru-baru ni saya beli seluar jeans so nak le potong seluar tu. mesin jahit xde di rumah sewa. nak xnak kena la hantar ke kedai. yang menariknya di Semporna ada tukang jahit di tepi jalan. tapi ok la. sebab caj nye pun murah jugak. RM3/seluar.

ni ler tukang jahit yg menjahit seluar jeans saya.


ni plak jiran tukang jahit seluar saya..ada urusan ukur mengukur bah


Jadi, ini adalah salah satu warna warni di Pekan Semporna 2008. tak tahu la kalu ada perubahan lain pada tahun depan..suatu pemandangan yang sama sekali sukar ditemui di semenanjung. Tukang Jahit Jalanan. biasanya di semenanjung kita selalu nye ada Tukang Kasut Jalanan kan..
k.. pen off.. da..



Wednesday, October 8, 2008

Counting Days

erm...pagi ni macam biasa saya pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. hari ni pakai baju kurung bunga warna merah. so memang nampak ceria la sangat. n i'm so happy today sebab dah xlama lagi nak balik semenanjung. syok dok menghitung hari nie. masa awal pagi jalan kaki ke sekolah terserempak dengan ketua pengawas UPSR. sempat lagi dia bagi sms pada saya berbunyi.

ceria saje pagi ni. muka berser-seri saja & comel sangat.
rupa-rupanya itu la wajah orang happy nak balik kampung.



memang saya gembira ni. lagi 38 hari da nak balik semenanjung. huh seronoknye. teringat pada member saya di kl, faizal zakariyah yang tujukan lagu nyanyian Sudirman, Dari Jauh Kupohon Maaf. lagi la membuak-buak ingin balik. thanks faizal..nnt buat reunion sekolah kita ekk..

Dari Jauh Kupohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh


lately, macam banyak sangat kerja yang saya kena buat. soalan exam Kemahiran Hidup xsiap lagi nie. nak wat ucapan teks untuk murid ku lagi. Jumaat ni ada event Hari Raya di Sekolah. adeh, kena berusaha keras ni..


Tuesday, October 7, 2008

Hadiah dari Muridku..


Isnin - 6 Oktober 2008


satu hari yang dinanti-nanti oleh saya sebab bermulanya hari ni adalah bermakna detik kepulanganku ke Kuala Lumpur semakin hampir. ku ingin menghitung hari menanti saat-saat saya akan meninggalkan Semporna selama sebulan lebih nanti. ish..xsabar ni.

Maka dengan bersemangatnya saya menuju ke sekolah. erm pagi ni naik prebet. nak jalan kaki ke sekolah malas plak. sebab ari ni saya bawa laptop untuk menyiapkan soalan Math Year 5 untuk exam semester ke 2 ni.. nak bawa bag pack macam xsesuai plak.. xkan la nak jalan kaki berbaju kurung dengan memakai bag pack plak. hilang ayu beb.. jadi bawa la beg yang macam ala briefcase la konon.

tepat 10.20 pagi saya melangkah menuju ke kelas 5 Jujur. tiba-tiba saya dihadiahkan oleh seorang murid sebatang tiang bendera yang sudah tidak mempunyai bendera. hah..bagus juga nie. leh la jadi sebagai penunjuk di white board semasa mengajar & gunakannnya sebagai amaran amarahku atau pun sebagai menarik perhatian mereka..


Hadiah kedua - masa tengah menanda buku murid, dapat plak satu hadiah yang melucukan. hari ni saya mengajar topik Perdana Menteri Malaysia di kelas 5 Setia. oleh kerana ini adalah kelas paling hujung sekali. makanya saya pun menulis di white board senarai 5 Perdana Menteri di Malaysia..

Lima Perdana Menteri Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaan)
  2. Tun Abdul Razak (Bapa Pembangunan Negara)
  3. Tun Hussien Onn (Bapa Perpaduan)
  4. Tun Dr Mahathir Mohamad (Bapa Pemodenan)
  5. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
tapi..ada sorang anak muridku ni memberikan yang hasil yang amat la memuaskan hati saya.
leh sakit perut saya dibuatnya.. sesuka hati dia je nak tukar apa yang saya tulis di whiteboard.
ni la namanya budak..



Monday, October 6, 2008

Beraya di Sandakan

Ini merupakan kali pertama saya beraya tanpa keluarga..selalunya bila xberaya dengan family, saya beraya di kampung..dan semestinya raya kedua ma & ayah akan sampai di kampung..

erm agak terasa la jugak beraya tanpa family.tp yg bestnye di Sandakan ni..saya & ain dilayan baik oleh family cikgu yna nie..rasa macam tak terasing la dok di rumah keluarga Pok Su ni..anak-anak dia pun kiut bangat..

Pagi raya..cm biasa la..mandi sunat hari raya..then saya, yna dan Pok Su g ke Masjid NuruSyakirin di Taman Indah, Sandakan..kami lambat sedikit..jd dapat solat di kaki lima masjid ajer..dengan BERSEJADAHKAN kertas kotak..yg eloknya..saya & yna lupa nk bawa sejadah..maka yna dengan setulus hatinya membentangkan tudung hijaunya sebagai pengganti sejadah kami..huhu..













solat raya bersejadahkan kertas kotak

Jeng-jeng-jeng..raya time..seronok tengok keletah anak Pok Su a.k.a Pok Su Sir..they all kiut..
baju raya depa wane orange.. tp saya bju wane purple bunga orange.. ala kira match la jugak. ada jugak orange nye.. best raya di sini. ramai juga cikgu semenanjung tidak beraya di tanah air. awal pagi raya da makan nasi dagang ngn ketupat palas.. perh..sedap beb.. rindunye kampung saya.. uhuks..

Sepanjang raya pertama & raya kedua..kami menjadi penumpang tetap kereta Pok Su Sir menziarahi dan beraya di rumah kawan-kwan Pok Su Sir termasuk la cikgu semenanjung yang mengajar di Sabah serta cikgu Sabah..ok la juga beraya di sini.at least dapat la mengubat rindu pada keluarga tersayang di semenanjung..


ni ler family Pok Su Sir..erm rindunya kat depa..hehe..



Sandakan, here I come



Awal pg kmi kena bertolak menaiki bus MADSAHIRUN dr Semporna..erm.jauh tu nk pergi Sandakan..lebih kurang dalam 334 km. tapi kan sebelum naik bus 2 sempat la kami bergambar. biasa la...kenangan tu..

Masa perjalanan lebih kurang 5-6 jam la..da la bus buruk..sakit badan saya..tapi leh plak saya tertido dengan amannya.sampai leh terlentok kat orang sebelah..adeh malunya..perjalanan kami melalui beberapa pekan kecil la antaranya..Tonleng, Baturong, Dewata, Kampung Paris, Sentosa Jaya, Sepilok & Kinabatangan..

lebih kurang dalam pukul 2 kami sampai di terminal bus Sandakan..dan seterusnya kami di bawa jalan-jalan ke Banar Sandakan & Pasar Sandakan..huhu..bestnye kat cni.jauh berbeza dari Semporna.ada shopping complex Giant..dalam dok jalan-jalan di Pasar Sandakan, ada la terjumpa Gerai Khinzir..












cuba tengok betul-betul..ada tak cebisan-cebisan putih di air tu..ha..Pak Su yna cakap tu la 'pork'. cmne yerk kita yg muslim nak lalu di situ.sisa-sisa khinzir mengalir macam tu ajer. dekat dengan Pasar Sandakan..tapi walaupun di kawasan ni kotor ckit.tapi Pasar Sandakan yang di sebelah bersih dan cantik.jauh beza dengan pasar di Semporna..











ha...bersih kan..sedap mata memandang.